Pengikut

Ahad, 26 September 2010

Rumah Terbuka XSappers

Pada 18 September 2010, saya terima e-mel berikut dari Lt Kol Basri Omar...

Salam Tuan!

Tak sat Dato'Jamil Tahir x CE..Penaung Sprs Wilayah Utara mohon saya cakap sikit di Hari Terbuka di Kelab Permaipura,Bedong pada 25 Sep nanti ...saya terus cadang mengundang Tuan ke Majlis tersebut,,,,Beliau setuju....

Tarikh: 25 Sep 2010
Masa: 1200-1600
Tempat: Kelab Permaipura,Bedong,Kedah

Moga di Majlis tu Tuan dapat berjumpa dan bertemu dgn XSprs yang terlibat dgn beberapa Ops terdahulu....TLL dan sbgainya.

Sekian,Wassalam
Basri bin Hj Omar 

Diikuti sms berikut dari EXSAPPERSWU pada 21 September 2010... 

SAMBUTAN A'FITRI EXSPRS UTARA. TARIKH 25.9.19. SABTU TEMPAT: PERMAIPURA GCC. BEDONG. MULAI JAM 1200H-1600H. TUAN & ISTERI DIJEMPUT HADIR. DRPD: SETIAUSAHA 019541XXXX TK.

Saya sungguh terharu menerima  jemputan ini dan menganggapnya  satu penghormatan. Mana tidaknya...Saya bukannya seorang warga Jurutera dan ahli persatuan yang saya kenal hanyalah Basri dan PW2 Krishnan (coretan ini). Isteri saya tidak dapat ikut bersama, justeru, saya bertanya  Krishnan sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut. Beliau menerima pelawaan untuk pergi bersama saya...Kami  bertolak dari rumah saya pada jam 1300.

Wow...Sungguh baik sekali sambutan dari veteran Jurutera. Mereka dari Taiping datang dengan bas. Syabas kepada penganjur yang berjaya membawa ahli mereka. Krishnan dapat bertemu dengan kenalan beliau. Yang saya kenal hanyalah  Basri tetapi kemesraan mereka menyebabkan saya tidak berasa terpinggir.  

Dua veteran di sebelah kanan saya merupa 'casevacs' jerangkap samar. Mereka menceritakan apa yang berlaku ketika operasi...di mana lagi kalau tak Gubir atau Kroh! Seorang pula (tiada dalam gambar) terlibat dalam Ops Terumbu Layang-Layang. 

Saya sebenarnya telah makan tengah hari sebelum bertolak ke sana. Tetapi kerana  Basri belum makan kerana menunggu ketibaan saya...apa lagi...saya pun temankan beliau...makan lagi! Persatuan turut memberi sumbangan kepada veteran-veteran yang tercedera angkara terkena jerangkap samar dan balu ahli-ahli yang telah kembali menemui Penciptanya.

Sementelah bersembang tentang jerangkap samar, saya telah menyarankan kepada Basri agar beliau menceritakan sedikit-sebanyak...apakah itu 'Jerangkap Samar?' Saya pasti perkataan ini terlalu asing bagi kebanyakan pembaca dewasa ini. Kalau ada '....vac' pun hanyalah'medivac', seperti dipatuk ular. Sebelum pulang ke jitra, Basri telah menghadiahkan buku ini kepada saya.

Lt Kol Basri, Mej Fauzi & Jawatankuasa XSappers Bahagian Utara...Terima kasih di atas jemputan anda. 

6 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Aidil Fitri Tuan!
Tk kerana sudi mai Majlis ini....kami amat menghargai segala usaha baik Tuan selama ini khususnya memperagakan RAJD.....kalau kita sendiri tak promosikan SIAPA lagi....!Cerita hanya akan tinggal cerita tanapa di dokumentasikan..
Saya baru dapat Kad Ahli K 142...antara perk..dapat diskaun jika p lapor sakit di klinik Azhar ..OK lah.
Sabelah kanan Tuan tu Bekas PW Tan Idris KPK x 3 Skn RAJD dan sabelah kiri saya Lt Kol Hj Khairuddin Md Ali (B)kini Pengurus Giat Mara Merbok..Penasihat.Beliau punya ternakan Rusa d Trong.
Insyaallah akan saya tunaikan dalamasa terdekat...Jumpa lagi!

Abah berkata...

Tuan,
Mej Nor, Kol Basri....

Apa yang saya perhatikan majlis hari Raya XSPRS zon Utara sungguh 'Grand' Tahniah dan Selamat Hari Raya IF kepada semua ahli-ahli XSPRS Zon Utara. Semoga keakraban dan saliturahim dikalangan ahli bertambah utuh walaupun telah sama-sama meninggalkan service.

exsappersutara berkata...

Terima kasih di atas kesudian tuan untuk hadir dalam acara ini dan terima kasih juga diatas coretan ini & komen drp Abah. Salam daripada kami Ex-Sappers Wilayah Utara.

Mej Baharudin Noryat (Bersara) berkata...

Salam selamat hari raya aidil fitri kepada tuan. Sungguh terasa kemeriahannya sambutan hariraya ExSapper wilayah Utara sehingga saya dapat merasakan jalinan ukwah yang begitu hebat dikalangan ahlinya walaupun saya masih berkhidmat saya dapat merasakan melalui gambarx yang berada di dalam facebook. Saya terpanggil membuat komen untuk menyatakan saya sedang menyiap cerita atau artikel berkenaan dengan jerangkap samar yan dipohon oleh Yg Berbahagia bekas Komandan saya Lt Kol Basri, insyaAllah saya akan emailkan kepada tuan tk.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih.

UP: Mej Baharudin Noryat,

Sekira ada gambar JS lagi berkesan pemahaman.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan,Abah dan Sdr Mej Baharuddin!
Tk semua....moga2 semangat gitu terus di semarakkan ....Salam Aidifitri!