Pengikut

Sabtu, 15 Mei 2010

Ikraq

13 Mei 2010, jam 2030 bertempat di Bilik Langkawi, Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah Darulaman, saya telah pergi menghadiri Mesyuarat Agung (MA) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Alor Setar. Saya bukan ahli...tok ahli bolehlah! Apa yang berlaku ialah seorang pembaca remaja, En Shafik, menghubungi saya sekiranya saya boleh memberi ceramah pendek kepada ahli-ahli GPMS sempena MA 'NGO' tersebut. Objektifnya ialah untuk menaikkan semangat patriotisme dikalangan remaja.

OK...tak jadi masalah. Apalah sangat nak cerita kepada pelajar-pelajar sekolah. Inilah persepsi saya tentang GPMS. Apabila tiba di hotel, mak datuk...bukan pelajar tetapi golongan dewasa! Tak apalah...seperti biasa, tanpa sebarang persedian...'bulldoze' sajalah 'my way'. Apa yang saya tekankan ialah bagaimana anggota ATM berkorban menentang pengganas komunis demi untuk negara di suatu ketika dulu.  Ibu-bapa kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa dan mereka yang cacat anggota sehingga ke akhir hayat...tiba-tiba tanpa mengambil kira perasaan mereka ini semua, pihak tertentu melobi untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia! Inilah pokok ceramah saya. Saya percaya itulah kali pertama mereka mengetahui salah satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. Wallahualam....! 
Yang dah nampak kulit kepala...itulah saya...He...He...He

Sudah jadi budaya kita, saya telah diberikan cendera hati...sebuah buku. Secara jujur saya katakan, saya sungguh berterima kasih dengan 'hadiah' seperti ini. Pemberian buku seharusnya digalakkan. Kita  mesti ingat, ayat Quran yang pertama ialah 'IKRAQ'...Bacalah. Islam sungguh mementingkan ILMU. Saya mengaku kebelakangan ini, saya memang kurang membaca buku. Pembacaan lebih tertumpu kepada akhbar. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya membahagikan 24 jam sehari yang Allah berikan untuk menambah ilmu melalui membaca.


En Shafik...Saya ucapkan selamat menjalani latihan di Ipoh nanti. Saya yakin anda akan berjaya dengan cemerlangnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
saya rasa fakta tuan tu salah. tiada siapa yg melobi untuk bawa pulang chin peng. chin peng berhak pulang mengikut inti-pati perjanjian damai haadyai. manusia harus berpegang pada janji, kalau janji tidak ditepati maka tidak bermaruahlah manusia itu. dunia antarabangsa juga akan pandang serong pada kita malaysia, yg sudah pun dipandang serong dek banyak skandal semasa.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Saya masih keliru dengan GPMS ni. Kalau ikutkan namanya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Begitu jugak dengan mukadimah GPMS yang mengatakan "Kami pelajar melayu yang dijemput... bla... bla... bla..." tapi yang saya dapat perhatikan ahlinya dah bukan pelajar tetapi lebih menjurus kepada ahli poliTAIK. Anyone can assist me?

Membaca bukannya dan saya rasa agar sukar untuk dibudayakan di kalangan orang melayu hatta melalui buku ataupun melalui pembacaan di internet. Mereka lebih gemar mendengar dan lebih malang telan bulat-bulat apa yang didengar.

Kalau dilihat trend bangsa lain terutamanya yang dikatakan Mat Salleh, tang mana pun kalau ada kelapangan mesti mereka membaca paling tidak pun novel. Cuba kita perhatikan di lapangan terbang, tepi pantai atau kolam mandi dll.

Ayat Al-Quran yang pertama pun dah menyuruh kita agar membaca kerana dengan membaca kita dapat menambah ilmu pengetahuan yang mana dgn ilmu yg tinggi sajalah yang menaikkan darjat sesebuah bangsa berkenaan.

Oleh itu saya berpesan kepada diri sendiri agar sentiasa memastikan budaya membaca sentiasa subur di dalam hati anak-anak. Siapalah saya nak berpesan pada orang lain.

Abah berkata...

Tuan,

Sekadar padangan saya sahaja....

Pada dasar nya memang saya tidak bersetuju 100% CP pulang ke Malaysia.

Atau kemungkinan berlaku satu kesilapan besar yang pernah dilakukan semasa perjanjian Haadyai dibuat. Seharusnya setiap byte-byte perjanjian mesti dikaji sedalam-dalamnya sebelum ianya dipertintakan dan ambilkira segala implikasi yang akan timbul setelah perjanjian dibuat. Dalam perkara ini CP mestinya berpegang kepada janji-janji yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak iaitu Kerajaan Thai, Kerajaan Malaysia dan dari pihak CP sendiri. KEMUNGKINAN ada ruang atau hujah-hujah yang kukuh untuk membolehkan pihak CP memohon untuk pulang Ke Malaysia berdasar fakta perjanjian yang telah dipersetuji oleh ketiga-tiga pihak itu.

Waallahullam

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous & Abah,

Maaf. Secara jujur saya katakan bahawa saya tidak membaca persetujuan yang ditanda tangani di Haadyai. Tanpa maklumat tersebut, pandangan saya berdasarkan kepada berita yang menyiarkan pihak tertentu 'melobi' supaya CP dibenarkan kembali ke Malaysia.

Saudara Kamal,

Saya pun kurang pengetahuan tentang GPMS. Yang saya terbaca di suatu ketika dulu tentang perebutan kuasa untuk jawatan Pengerusi. Syabas kepada anda yang menggalakkan anak-anak banyak membaca. Tanpa ilmu, seseorang itu macam lembu dicucuk hidung...ikut saja.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe...
Sebut pasal mula-mula ingatkan budak sekolah, lepas tu tengok bapak budak, saya sampai sekarang tergelak bila teringat balik malam tu. Tapi tak apa, saya tengok malam tu mereka yang hadir benar2 beri tumpuan dan saya percaya mungkin 8/10 atau 9/10 tak tahu langsung pasal kisah sebenar di sebalik keperitan anggota keselamatan bersusah payah suatu ketika dulu. Alhamdulillah, semoga apa yang disampaikan memberi kesan dan pengetahuan pada mereka yang hadir. Insyallah, saya akan buat yang terbaik di Ipoh walaupun diuji dengan stroke yang menyerang ayah saya pada penghujung April 2010.

(shafik )

Tanpa Nama berkata...

Maj,

I agree with Anon 0959am.

From what I have heard, the Malaysia Government signed the Peace Treaty with CPM and agreed that all those who wished to return may do so and many have returned and settled in Malaysia.

Only when much later when Chin Peng wanted to return, our government refused to provide traveling documents, ask for proof of birth etc,etc, etc.

I too have fought the CPM, they were once my enemy too and I have lost a lot of my comrades too but the war is over.

My country signed a peace treaty with them and told me that they were no more my enemy.

Hey how long do you want to be enemies?

If forever, then we should not be allowing people from all the countries that attacked us from returning. The Japanese, British, Dutch, Portuguese, etc killed thousand of our citizens at one time or other.

"manusia harus berpegang pada janji"

A lot of our governments janji is not worth the paper it is written on. All the Main Stream Media and TV only know how to twist and spin the facts

Abah berkata...

Tuan,

Buku hasil tulisan General Dato' Kiti Ratanachaya seorang Jeneral dari Royal Thai Army (RTA) banyak menghuraikan hasil perbincangan dan membawa perjanjian damai di Haatyai. Buku tersebut bertajuk 'The Communist Party of Malaya, Malaysia and Thailand' Buku tersebut menceritakan dari A-Z dari awal titik pertemuan sehingga menghasilkan perjanjian damai tersebut.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous & Abah,

Terima atas pandangan anda. Saya akan mencari buku tersebut di Perpustakaan nanti, InsyaAllah.