Pengikut

Rabu, 1 September 2010

Lakaran Kem PGK

Pembaca...Ketika bertemu dengan Lt Kol Aziz Rashid (B) di sini, beliau turut melakarkan kem pengganas komunis yang ditawan oleh pasukan komando di atas kertas Samila Hotel. Saya telah e-melkan lakaran tersebut kepada Lt Kol Basri meminta jasabaik beliau agar lakaran tersebut di salin semula. Hasilnya adalah seperti berkut...

Nota:
  • Operasi melibatkan 5 Nuri (1 'decoy' - mendiang Kapt (U) Choo Yeok Boo) dan 2 Alouette Gunship.
  • Nuri # 1 - S/Sjn Ahmad Jantan.
  • Nuri # 2 - Lt M Aziz Rashid.
  • Nuri # 3 - Lt M Azizan. 
  • Nuri # 4 - Kapt Sudirman (lokasi sama dengan Nuri # 3).
  • Setiap Nuri membawa 15 anggota komando.
  • Berada di kem PK selama 9 hari.
  • Kedalaman terowong di antara setiap satu 'layer' ialah lebih kurang 15 kaki. Mereka hanya masuk ke layer 1 sahaja. Terowong dimusnahkan dengan 500 lb PE sebelum mereka beredar dari kem tersebut.  
  • Pokok di tengah kem telah tumbang oleh angin ribut pada satu malam. Mereka yang tidur di bawah pokok tersebut terselamat dari dihempap pokok kerana tebing gelanggang bola keranjang berhampiran. 
 Anggota yang terkena jerangkap samar pada hari pertama(di sini):
  1. Sjn Ahmad Jantan
  2. Trp Yaacob Hassan
  3. Tpr Hussin Mahbeb
Punyalah besar kem tersebut, sehingga dibina sebuah pentas...

                              
Utusan Malaysia 12 Oktober 2002

Sesiapa ada menyimpan gambar-gambar kem tersebut, sudilah kongsi bersama dengan menghantarkan kepada saya. Lt Kol Aziz dan Lt Kol Basri...Terima kasih.  

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sila singgah weblog dibawah ini...( sekadar makluman )

http://greensocialis.blogspot.com/2009_11_27_archive.html

http://wasiatpejuang.blogspot.com/

http://matamin02.blogspot.com/search/label/Kampung%20Perdamian

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum uncle,

Mintak izin untuk ambil maklumat dan ubahsuai ayat daripada blog uncle ni, saya nak susun balik untuk entri blog saya.

Abah berkata...

Tuan,

Seperti maklum, anggota yang terkena BT adalah betul, cuma saya ingin membetulkan fakta mengikut siapa yang terkena BT dahulu mengikut urutan nombor.

1. Sjn Ahmad Jantan.
2. Tpr Hussien.
3. Tpr Yaakob.

Detik-detik kejadian seperti berikut. Setelah diarahkan oleh LtM Aziz, saya dan Tpr Yaakob diarahkan untuk mengingatkan supaya kumpulan Wak Sudir (AC4) yang ketika sedang menghampiri dan memasuki Kem, ketika itu Tpr Hussin terpijak BT. Semasa berpatah balik ke Lokasi asal ketikalah Tpr Yaakob ternampak satu lagi BT dan beliau cuba untuk dimatikan BT tersebut dan meletup. Jadinya Tpr Yaakub adalah orang ketiga terkena BT tersebut.

Detik-detik ini saya lalui dan masih 'Fresh' dalam ingatan saya.

Oleh kerana Pegawai yang tidak mengetuai AC 1, maka Senior Sjn ketika itu Sjn Ahmad telah dipilih sebagai Komander kepada AC 1. Mungkin juga oleh kerana pemilihan Anggota secara "Sukarela" ketika dilakukan pemilihan ketika hanya sebilangan itu sahaja yang terpilih.

Untuk mengetahui cerita senario AC 1 saya mencadangkan tuan supaya tuan menghubungi pulak Ssjn Ahmad (Dia membiasakan sebagai Abang Mat). Beliau ada cerita yang hendak disampaikan di bab beliau pulak. Saya kira ada juga slot-slot yang menarik dari mulut beliau sendiri. Saya juga mencadangkan supaya Beliau dan beliau bersetuju untuk berkongsi bersama dan menceritakan teruskan kepada tuan apa yang beliau lakukan dan detik-detik beliau terkena BT.
Sila hubungi Beliau No tel ini. 06-5533935.

Terima kasih....

Abah berkata...

Tuan,

Tahniah juga saya ingin saya sampaikan kepada Tuan Hj Basri kerana menghasil 'scatch plan' yang begitu 'tepat'.

Cuma saya ingin membuat pembetulan kedudukan pokok yang tumbang sahaja. Rasa saya kalau kedudukan pokok itu di track dipersimpangan empat itu lebih menepati. Kejadian pokok tumbang itu juga adalah hampir-hampir meragut beberapa nyawa termasuk diri saya ketika malam ribut itu. Kebetulan saya dan buddy saya lepak dibahagian bawah tebing tersebut.

Yang lain nya semangnya tepat dan betul.

Tahniah tuan!!!!

Terima kasih

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Abah!

Sabenarnya lakaran tu di hasilkan oleh Anggota RAJD di Jab Pemetaan Negara...mhn bantuan mereka(geng Jurutera).
Tim saya diterbangkan masuk pada pagi 23 Apr 1976 ...ke kwsan LP tu belum siap..heli kena terpaksa hover atas batang pokok besar...kami terpaksa terjun sikitlah! Pilot..skot Kapt Shariff Abas...beruntung ada skot(dah lama tak dengaq habak)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

saya tabik kepada kdo yg berjaya menawan kubu komunis tu. Saya nak tanya adakah kem tu sekarang ni jadi tempat pelancongan?.Dan diarea mana?. Apabila saya buka laman web wasiat pejuang, kelihatan Abdullah CD memeriksa perbarisan komunis dari atas pentas.Tapi tarikh adalah 1989. Jadi adakah ada satu lagi kem komunis yg besar di selatan Thai?

Abah berkata...

Sdra Anon 4:30pm,

Bagi saya mencelah sedikit.

Website itu Mat amin tu ada juga saya pantau sekali-sekala. Apa yang saya perhatikan, memang strutur perkemahan (Main base camp) dia orang ini hampir sama sahaja diantara satu dengan lain. Yaani ada basket ball court, Pentas opera, Dewan makan dan Rumah Maskanya seakan-akan sama. Saya tertanya-tanya juga, adakah gambar ini iaitu kem yang sama yang saya memasuki dahulu?????

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Nota Fikir,

Terima kasih.

Saudara karl,

Waalaikumussalam,

Terima kasih. Silakan tapi kurang pasti mengapa nak '..ubahsuai ayat daripada blog' saya? Pada pandangan saya, ayat penulis asal tidak harus di'ubahsuai', ia sepatutnya 'as is where is'. Sekiranya hendak diubahsuai, elok mendapat kebenaran beliau. Semua penulis ada gaya mereka tersendiri.

Temuk berkata...

Salam Mej Nor Ibrahim
Itulah pengorbanan kita dahulu yang sesetengah orang sekarang ambil kisah pun tidak. Mereka dilahirkan dalam suasana negara sudah aman, dengan pelbagai peluang politik & ekonomi yang terbuka utk direbut. Usaha Mej membuat entri-entri berkaitan amatlah disanjung.

Tanpa Nama berkata...

Salam uncle,

Baiklah, saya akan publish sebagaimana cara penulisan uncle. saya tak berniat apa2, sebab saya pun risau kalau uncle tak bagi copy paste entri blog uncle, macam duplicate bulat2 entri uncle pulak (sy takut org cakap sy tumpang glamour, tu je). klau uncle tak kisah takpe la, lagi senang sikit kerja saya. hehe

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumssalam Cikgu,

Terima kasih. Sedih ramai golongan muda sudah tidak lagi berminat untuk mengetahui sejarah negara.

Saudara karl,

Kalau anda perhatikan, saya sentiasa mencatat nama mereka yang memberi sumbangan melainkan melarang menyiarkan nama mereka.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas teguran uncle.

Tanpa Nama berkata...

salam

kem yg ditawan tu kat area mana.

Abah berkata...

Tuan,

Saya difahamkan anggota Medic (Tpr Zakaria Adan) ketika operasi itu telah kembali ke Rahmatullah mengikut cerita beberapa orang yang saya cuba trace. Baru malam ini saya dapat berita tentang. Skot saya pulak tu. Alfatihah.

Sekarang saya cuba cari trace pulak Tpr Mat Sepin (Orang gganu) (Bersara SSJN). Tengoklah lah kalau saya dapat saya akan 'relay'kan No contact beliau. Jika tak dapat juga saya akan cuba cari No Tel Kpl Adraii (Bersara PWI. Beliau adalah kalangan anggota yang terlibat sama dengan group Abang Mat untuk pengesahan cerita beliau itu.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Kalau mengikut keratan akhbar, di sempadan Malaysia/Thailand.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah,

...إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ. Al-Fatihah.

telokperang berkata...

weblog yg dinyatakan oleh Nota Fikir tu adalah propaganda komunis. Lebih kepada perjuangan dan perjalanan bekasx komunis. Bagi saya semua aktivitx seblum merdeka, saya sokong tetapi kenapa tidak keluar dr hutan bila negera sudah merdeka? Kenapa mengelar pasukan tentera sebagai talibarut inggeris?? Peluang telah diberi utk meletak senjata apabila diadakan Perjanjian Baling tetapi masih degil dan berkeras utk menentang kerajaan. Itu dinamakan KOMUNIS.. mesti ditentang dan dihapuskan..Allahuakbar..

Tanpa Nama berkata...

cuti baru ni sya telah melawat muzium tentera darat di p.dickson.Disitu ada replika terowong komunis bawah tanah.adakah terowong sama dengan terowong yg ditawan di gubir tu?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Maaf saya tidak dapat menjawab pertanyaan anda kerana saya tak pernah melawat muzium TD di PD. Ada sesiapa yang boleh membantu?