Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

...61

9 April 2010...Genaplah usia mencecah 61 tahun. Syukur Alhamdulillah kepada Allah Yang Maha Kuasa, saya masih dapat menikmati kurnianNya, terutama sekali masih boleh menyedut udara setiap pagi...masih boleh berjalan ke surau untuk solat subuh. Dan, secara keseluruhannya...masih sihat. Mana tidaknya, 6 hari seminggu menarik troli dan masih boleh ketawa dengan rakan-rakan. Sesungguhnya, saya hairan mengapa ada sesetengah orang terpaksa mengikuti kursus hanya untuk "KETAWA"...sesuatu yang menakjubkan saya.  Betul kata-kata 'Laughter is the best medicine'.

Saya juga hairan mengapa ramai yang sanggup menghabiskan wang ringgit hanya untuk 'memudakan' diri...suntikan botox, ubat itu, ubat ini...dan sebagainya. Mengapa tidak menerima hakikat yang kita semua sentiasa melalui proses penuaan setiap detik. Rambut, bulu kening, misai semuanya sudah bertukar warna ke 'silver metallic', tompokan botak makin jelas, pendengaran makin berkurangan, lensa cermin mata makin tebal, iklan 'Polident' diminati untuk gigi palsu....dan banyak lagi. Apa yang hendak ditakutkan? Semua hambaNya, dengan izin Allah, akan menghadapinya....Terima sajalah.

Saya bersyukur kerana diberi rezeki, iaitu sehingga kini...merdeka dari penaklukkan yang dihadapi oleh majoriti dari warga dunia...HUTANG. Tiada hutang dengan orang, rumah, kereta, dan apa-apa lagi hutanglah. Ini satu kenikmatan yang mungkin ramai tidak memahaminya. Pencen yang saya terima, campur pulangan dari pelaburan dalam ASB...Alhamdulillah. Inilah hasil benih yang saya tanam semenjak 1985 lagi. Anda semua boleh menikmati apa yang saya ceritakan ini sekiranya anda bernekad untuk merubah diri anda sendiri...InsyaAllah.

Dan...masih boleh mencatatkan luahan dalam blog saya. Sama ada dibaca atau tidak, dipersetujui atau sebaliknya...bukan menjadi persoalan. Dan banyak lagi 'masih'. Saya tidak lagi 'take things for granted'.



PS: I'm truly mesmerised by the beautiful creation of the Almighty Allah as shown in the above video clip. Take a look...

14 ulasan:

Kensi Ell Byle berkata...

selamat hari lahir tuan...smeoga dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki..=)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Cik LeYha,

Terima kasih.

Abah berkata...

Tuan,
Selamat Hari lahir. Semoga Allah S.W.T. panjangkan usia serta di berikan taufiq dan hidayah, murahkan rezeki. Selamat sejahtera serta sihat wal'afiat.

Tanpa Nama berkata...

Happy Birthday Encik Ibrahim.
Setuju sepenuhnya dengan artikel yang encik postkan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah & Anonymous,

Terima kasih. Dah dalam tahap 'bonus' ni, apa lagi nak buat selain mengimbas kisah di suatu ketika dulu.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Selamat Hari Ulang Tahun.

Good to note you are still energetic without having to use 1001 kind of medication just to keep young.

Bahayanya kalau hanya nak DILIHAT muda kalau sebenarnya bukan muda adalah kesan sampingan.

I think exercise, recreation and laughter is the best way to keep healthy and young.

Pray for you and family...

Sazali M Ali Samsuddin berkata...

Salam,

Semoga dilimpahkan lagi nikmatNya keatas Mej.

Speaking of 'hutang', ada satu artikel saya nak share dengan Mej dan sesiapa yang baca ruangan comment ni ;)

http://www.zaharuddin.net/content/view/922/72/

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kamal & Sazali,

Terima kasih.

Kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur diatas pemberianNya. Bila sudah terlepas, baru menyesal. Please do not take things for granted.

Faizul berkata...

Happy Birthday Major,

May you have many more wonderful years doing all the things that you want to do especially your favorite pass time - golf.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Faizul,

Thank you. Any mystical story while golfing? Why not share with us.

Mohd Arshad Raji berkata...

Saudara Nor,

Salam dan Selamat Hari Jadi. You are 7 years behind me dan tak mungkin saudara dapat kejar saya. Keep blogging.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Dato,

Terima kasih. Pokoknya, kita kena ingat-mengingati agar tidak terlupa bersyukur diatas nikmatNya.

Unknown berkata...

Salam Tuan!

Syukur kerana masih di panjangkan umur dan sihat...Alhamdulilah!Teruskan cita2 untuk tulis Buku ttg Operasi Gubir..saya dah kontek Kapt Sudirman XKdo(Pak Sudir) untuk dapatkan maklumat2 yang berkaitan..Insyaallah minggu depan. Akan saya majukan nnt ..Dengan Ingatan Tulus Ikhlas drp Saya..Lt Kol Basri

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih. Saya berharap RTM akan menunaikan janji untuk mendokumentasikan tragedi tersebut dalam program 'Galeri Nasional' nanti, InsyaAllah.