Pengikut

Selasa, 27 April 2010

Tragedi 26 April 1976...Satu Kepuasan

Teks yang dikirimkan oleh Puan Sulasteri Bt Abdul Hamid, ANM, dan disiarkan oleh radio 'Nasional Klasik' pada 26 April 2010 sempena 34 tahun tragedi tersebut. Walaupun kecewa  tidak dapat menonton disebabkan pertukaran waktu program tersebut disiarkan melalui RTM1, saya tetap bersyukur kerana pengorbanan wira-wira tersebut masih dikenangi...Satu kepuasan bagi diri saya!

PERISTIWA PERAJURIT NEGARA TERKORBAN DI GUBIR KEDAH

Tarikh Peristiwa: 26.4.1976

Pada hari ini dalam tahun 1976, Operasi ‘KOTA’ mencatat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 Pegawai dan anggota pasukan keselamatan jatuh ditembak akibat angkara pengganas komunis pada lebih kurang pukul 10.00 hingga 10.30 pagi di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah. Helikopter tersebut dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand terbakar dan mengorbankan kesemua pegawai dan anggota termasuk juruterbang. Perajurit yang terkorban ialah Major Haris Rejab, Kapt (Udara) Mustaffa Kamal Md Shaffie, Kapt (Udara) Choo Yeok Boo, Kapt Sulaiman bin Abdullah, Leftenan Ibrahim bin Zakaria, Leftenan (Udara) Wan Munsiff Wan Salim, Leftenan (Udara) Chung Ming Teck, Sarjan (Udara) Leong Yee Heong, Sarjan Khamis bin Dolmat, Koporal Kamarulzaman Zakaria dan L/Kpl Suandi bin Saim. Kesemua perwira yang terkorban telah selamat dikebumikan dengan penuh kehormatan ketenteraan di kampung masing-masing. Kesan daripada operasi tersebut, pasukan keselamatan telah berjaya menyekat kemasukan secara besar-besaran unit pengempur pengganas komunis ke Semenanjung Malaysia. Selain dari itu pasukan keselamatan juga telah berjaya memusnahkan beberapa kem besar dan tempat simpanan makanan pengganas komunis di perbatasan. Dalam operasi tersebut, seramai 22 orang pengganas komunis telah dibunuh, lima ditawan dan seramai 17 orang menyerah diri. Sesungguhnya pengorbanan perajurit-perajurit yang gugur mempertahankan negara bukan sahaja dirasai oleh ibu-bapa dan keluarga tetapi ia juga dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Keberanian dan pengorbanan merekalah yang membolehkan kita semua hidup aman damai dan harmoni seperti hari ini.

Inilah keratan akhbar kiriman Lt Kol Basri Bin Omar (B) memaparkan kesemua 11 wira-wira yang terkorban...



Puan Sulasteri (ANM), RTM dan Lt Kol Basri Bin Omar (B)....Terima kasih.

Maka...Berakhirlah satu perjuangan.

10 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Syukur..akhirnya di siarkan juga peritiwa tu...Syabas buat Tuan..apa pun sekurang2nya Arkib Negara Malaysia prihatin ..Terima kasih daun keladi pada Puan Sulasteri khasnya dan ANM amnya..Mengutip kata2 Abang Sdr saya juga Bekas DCP Dato' Dato Abd Halim(Junior Almarhum Mej Haris Rejab d Kolej Sultan abd Hamid dulu)..Masa yang berlalu begitu PANTAS meninggalkan kita & masa hadapan juga sama pantas mendatang ...guna masa yang adauntuk kenal DIRI & kenal YNAG MAHA PENCIPTA..Wallahuaqlam!

Abah berkata...

Tuan,

Syukur Alhamdullilah. Keluhan, rayuan, permintaan tuan akhirnya termakbul agar peristiwa ini disiarkan di Radio Kelasik. Teruskan langkah seterusnya setelah langkah pertama telah membuahkan hasil.

p/s. Nama anggota yang terkorban ketika membuat tugas ART ada saya hantarkan melalui email tuan. TK

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Kita seharusnya perlu untuk kerap dan lebih kerap mengenengahkan cerita sebegini bagi tatapan generasi muda agar mereka sedar betapa kesenangan yg diperolehi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah dicapai dgn harapan mereka akan insaf dan tak buat hal.

Al-Fatihah dan Takziah kepada mereka yang terkorban.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Syukur atas segala usaha pihak tuan, akhirnya ia mendapat perhatian pihak Arkib Negara.

Selain siaran di Radio Klasik Nasional, ianya juga disiarkan di dalam Rencana Hari Ini Dalam Sejarah di RTM 1.

Saya berkesempatan untuk menonton nya ketika bersiap untuk ke pejabat pada jam 8.30 pg.

Selain dari menayangkan keratan akhbar gambar perwira yang gugur, turut disiarkan gambar keranda yang sedang diusung dan pengebumiaan jenazah.
( tak pasti sama ada gambar tersebut dari keratan akhbar atau gambar foto, juga tak pasti kalau ianya gambar hiasan )

Saya tidak pasti sama ada ianya disiarkan lagi selepas berita jam berikutnya, namun ianya satu perkara yang sangat bererti kerana setelah 34 tahun berlalu, baru kini ianya dikenang.

Syabas atas usaha tuan.

Capt's Longhouse berkata...

dear fallen mates,
,,,my final salute to my friends that i shall cherish for the rest of my life !. I shall remember the warm hugs and mate's handshakes b4 departing from RMAF Butterworth for Kuantan and the final radio comm. from each other too as they flew into Gubir ops area.
,,,the inexhaustible good nature of Capt. 'Bahai' Choo is one of the most precious gifts from heaven, a man of gentleness and tolerance plus self discipline..indeed a jewel of a character !. Alway there to help things out,like oil over troubled sea of thought and keeping the mind smooth and equable in the roughtest weather. We buddied each other in many missions against the CTs. Even right now, I can still see his ever smiling face. To the rest, i shall say my prayers to your soul to finally rest in peace and we your mates shall always remember you guys.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara semua,

Terima kasih. Selesai satu perjuangan!

abang yong berkata...

Salam tuan,

Saya harap bukan peristiwa ini saja diketengahkan, banyak lagi peristiwa dulu-dulu yang dapat diketengahkan...Saya juga ingin cadangkan operator-operator heli TUDM -Nuri dan Alouette berkumpul dan membukukan segala pengalaman semasa zaman operasi dulu-dulu supaya ianya menjadi tatapan generasi muda kini sama ada di dalam dan juga di luar TUDM.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara abang yong,

Terima kasih kerana bertandang di blog saya. Memang betul..pengalaman ini semua sepatutnya dibukukan. Buat permulaan, saya sedang berusaha untuk membukukan coretan dalam blog ini.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya maklumat sejarah penting seperti ini diedarkan kepada umum atau di komersialkan sebagai rujukan atau tanda menghargai sumbangan dari hero2 negara dimasa perang melawan anggota pengganas Komunis yang kejam itu. Memang menarik sekali....
Banyak juga maklumat tentang 'unsung-heroes' tidak sampai kepada rakyat jelata hingga jasa2 mereka terus dilupakan begitu saja.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Nota Fikir,

Terima kasih kerana menghargai pengorbanan orang terdahulu. Harapan saya pihak IPTA tertentu sedia menerbit buku saya yang mendokumentasikan 'the untold stories'.