Pengikut

Sabtu, 24 April 2010

Abang Mat Dalam Kenangan

24 April 2010...Saya mengambil bahagian dalam 'Monthly Medal' di Kelab Kedah DiRaja. Flite saya ialah Dato' Jamil, Arif  dan Siva. Pertandingan secara 'shot gun start' dan flite kami bermula di lubang # 4 - Par 3.

Semasa menarik troli ke tee-box # 4, pada jam 0741, adik saya dari Ipoh, Dr Wahinuddin, menalifon memberitahu saya yang 'Abang Mat telah kembali ke Rahmatullah'...Terhenti saya buat seketika. 'Innalillah Wainnailaihi Warajiun'. Arwah akan 'disimpan' selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara.  Olehkerana kesuntukan masa, saya memberitahu beliau saya tidak dapat menziarah jenazahnya. Saya seterusnya menghubungi adik-adik saya, Ahmad Kamaruddin (Mek) dan Cik Su, di Kuala Lumpur untuk mendapat butir-butir selanjutnya. Golf pula...hilang fokus!

Abang Mat adalah sepupu saya...arwah bapa beliau, Zubairi Bin Khairuddin, adalah abang kepada arwah bapa saya, Sulaiman Bin Khairuddin.

Abang Mat, nama sebenarnya AHMAD KHIR BIN ZUBAIRI, 63 tahun, telah menghempus nafas terakhir pada jam 0600.  Arwah terjatuh di bilik air untuk mandi sebelum pergi ke masjid  berhampiran dengan rumahnya di Damansara Utama untuk solat subuh. Beliau telah pergi sebelum ketibaan ambulan. Kemungkinan besar disebabkan serangan jantung. Arwah mempunyai sejarah penyakit tersebut. Menurut arwah, beliau pernah diserang penyakit jantung semasa bermain golf di suatu ketika dulu. Tetapi sehingga akhir hayat, arwah tidak pernah membuat pembedahan jantung. 

Abang Mat seorang 'single handicapper'.  Semasa saya masih tinggal di Cheras Perdana, Bt 10 Jalan Kajang, di suatu ketika dulu, arwah, kawan beliau dan saya pernah ke Kelab Golf Perak DiRaja (KGPD), Ipoh untuk bermain golf. Beliau ahli golf kelab tersebut. Saya parkir kereta di 'R&R' Sg Buluh dan kami bertiga menaiki kereta kawan beliau. Itulah kali pertama saya bermain di KGPD. Mula kami main 18 lubang di sebelah pagi. Selepas makan tengah hari, arwah mencadangkan 18 lubang lagi. 36 lubang menarik troli tanpa kedi!! Selepas makan di Kelab, kami berangkat pulang ke KL. Dan itulah juga buat kali pertama saya bermain 36 lubang menarik troli. Malah sehingga kini, saya masih tidak memecah rekod tersebut. 36 lubang...arwah masih 'steady'...saya...tercungap-cungap untuk menghabiskan permainan!!

Adik saya, Thalasiah (Intan) sudah pasti akan terasa pemergian arwah. Pada hari Khamis 22 April 2010, beliau telah menjemput arwah dan Kak Wah,  isteri arwah yang juga sepupu saya, untuk bermalam di rumahnya di Batang Kali. Semasa saya menalifonnya, Intan memberitahu yang Abang Mat dan Kak Wah ada di rumahnya. Sabtu...Abang Mat sudah tiada! 

Saya telah menghantar sms kepada Kak Wah, untuk mengucapkan takziah kepada beliau sekeluarga.

Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh beliau...Al-Fatihah.

5 ulasan:

Faizul berkata...

Salam Major,

Sorry to hear of the passing of your cousin. May his soul rest in peace dan semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh beliau... Al-Fatihah.

Temuk berkata...

Salam Major Nor Ibrahim
Innalillahi wainnailaihi rajiun. Takziah di atas kembalinya ke rahmatullah sepupu Major itu. Allahyarham sebaya dgn saya. Saya sendiri pernah tinggal di Damansara Utama 1975-78. Sudah sampai peringkat ini, terasa amat rapuh umur. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Dan semoga keluarganya tabah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Faizul & Cikgu,

Terima kasih.

basri bin omar berkata...

Salam Takziah Tuan!

Doa moga2 Rohnya di berkati Allah ..Amin!
Kita juga pasti akan menyusul...hanya MASA yang menjadi PENENTU.Bila Allah panggil kita akn pergi......!

Wassalam.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih.