Pada Jumaat, 26 Mac 2010, jam 2145, saya 'tertonton' sebahagian program "Galeri Nasional (GN)" di RTM 1. Episod kali ini ialah "Beret Hijau"...dokumentari tentang pasukan komando kita. Tekaan anda tepat sekali! Pada hari Isnin, saya telah menalifon RTM untuk bercakap dengan Penerbit program tersebut tetapi beliau bertugas di luar di pejabat ketika itu. Pada 30 Mac 2010, lebih kurang jam 1510, saya telah menalifon RTM sekali lagi dan berjaya bercakap dengan Penerbit program berkenaan. Saya mencadangkan agar RTM menjadikan "Tragedi 26 April 1976" sebagai salah satu episod untuk GN. Buat permulaan, saya mengesyorkan beliau membaca blog saya untuk mendapatkan latar belakang insiden tersebut.
Beliau menyatakan mungkin TUDM keberatan untuk memfilemkan tragedi ini kerana ianya boleh dianggap seolah-olahnya satu kejayaan bagi pengganas komunis (PK). Mungkin juga.... Saya berpandangan sebalikknya, insiden tersebut telah membakar semangat warga tentera, terutama pilot helikopter nuri yang menjadi sasaran PK, untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi tanpa menghiraukan apa juga risiko yang terpaksa dihadapi.
Sms yang saya terima dari beliau pada 30 Mac 2010 jam 1605 membuat saya sungguh teruja diatas respons yang positif. Dalam lain perkataan, pihak RTM bersetuju tragedi tersebut diberi perhatian sewajarnya. Malah, pada 14 April 2010, pegawai berkenaan telah menghantar sms menyatakan pertemuan beliau dengan pegawai tertentu di DTU berkaitan dengan cadangan saya ini sangat menggalakkan. Mengikut beliau, TUDM bersedia memberi kerjasama bagi menjayakan filem dokumentari ini tetapi terpaksa mengambil masa untuk mendapatkan data.
Jawapan saya kepada beliau hanyalah '...Syukur Alhamdulillah. Tk.'
Saya berharap TUDM akan mengotakan janji bagi menjayakan projek ini. Kebelakangan ini imej TUDM teruk tercemar dengan isu kehilangan enjin F5E dan nahas pesawat Pilatus PC7 yang mengorbankan juruterbangnya baru-baru ini. Dengan adanya filem tersebut, saya pasti sekurang-kurangnya akan dapat membaiki imejnya dan mungkin menjadi satu faktor bagi menyemarakkan semangat patriotisme rakyat Malaysia untuk menyintai negara kita yang satu ini.
PDRM berbangga dengan "Bukit Kepong"nya, TDM dengan "Leftenan Adnan"nya, TUDM......??? Agaknya pertunjukan team aerobatic MiG 29 "Smokey Bandits" semasa F1 Grand Prix di Sepang pada 2-4 April 2010 kut!!
Filem Negara Malaysia memberi respons positif '...Cadangan tuan amat baik sekali dan boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya.' Masalahnya...KEMENTAH pula sepi-sesepinya. TAMAT.
Astro Prima? '...We will do further research on this concept to figure out its viability for our documentary slot'. Apa yang tersirat...Wallahu'alam!
RTM...Sedia untuk menjayakannya. Sekali lagi...Semuanya terpulang kepada TUDM, khususnya!!
Catatan: Saya 'keluarkan' coretan asal untuk membuat sedikit pindaan. 'Reposting', termasuk komen-komen, setelah mengambil kira maklumat terkini.
8 ulasan:
Komen-komen dimuat turun dari posting asal.
ArshadRaji said...
Dear Nor,
Once again...well done for your determination to get RTM to air the exploits of our soldiers and airmen. Not much can be said of PR Mindef. They all must be sound asleep. Teruskan perjuangan saudara demi mempertabatkan keperwiraan perajurit kita.
April 4, 2010 12:20 PM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Dear Dato',
Thank you.
April 4, 2010 12:39 PM
Anonymous said...
Mej,
Apa lah TUDM ni!!! Takkan senyap je.... Kalau tak setuju pun cakap lah dan kenapa? Jangan buat orang tertunggu tunggu. 26 April is coming soon.
April 4, 2010 4:05 PM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Saudara Anonymous,
Apa yang saya boleh katakan selain meluahkan perasaan kekecewaan dalam blog. Baik PAT mahu pun PTU..sepi seribu bahasa.Saya hanya mampu berdoa agar pihak RTM berjaya 'menyakinkan' TUDM untuk berkerjasama bagi menjayakan projek tersebut.
April 4, 2010 6:36 PM
Anonymous said...
Assalamualaikum.
Saya baru khatam blog Mejar (B) Nor Ibrahim . Sampai berhari2, sampai jam 4.30pagi dan hampir terlelap depan pc. Apa yang dapat saya simpukan, cerita/luahan dari encik amat menyentuh hati saya. Terutama tentang cerita di Gubir, pengalaman semasa berkhidmat, bertarung nyawa dan berkorban masa tenaga untuk negara. Saya kagum, walaupun sudah bersara tetapi encik masih berjuang untuk anggota-anggota pasukan keselamatan untuk mendapat perhatian sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara. Saya tak berpeluang merasa atau berada di tempat kejadian tetapi apa yang encik terjemahkan di blog , saya faham dan saya mengerti kenapa dan mengapa perlu encik luahkan. Sebab saya punya ayah yang juga pesara TUDM .14 tahun di Butterworth, walaupun saya hanya anak tentera tapi sedikit sebanyak saya tahu susah senang yang dilalui. Sesuatu yang tak ada pada dunia luar. Mejar, kalau tak keberatan bila ada masa terluang kita boleh berjumpa dan mejar dapat berkongsi pengalaman dengan lebih lagi. Hampir tiap hari saya ada di kawasan padang golf tempat mejar selalu bertandang. Cuma, saya tak main golf. Saya berjoging di kawasan sekitar. Saya tinggal tak jauh dari area Jitra. Semoga cerita2 yang mejar ketengahkan, dan kata2 mejar dapat memberi semangat pada anak2 muda tentang patriotisme.
April 5, 2010 7:43 PM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Saudara Anonymous (Apr 5),
Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya bertugas di 3 Skn, TUDM Butterworth, pada Jan 1978 hingga Feb 1980. Mungkin masa itu ayah anda ada di sana. Kebiasaannya saya dan rakan akan melepak di Gymkhana Cafe dekat Equin Centre selepas bermain golf. Kalau nampak 4 orang yang 'comot' di sana, itulah saya & gang.
April 5, 2010 8:59 PM
Anonymous said...
3sqn dulu, mengadap dengan Wisma Bintara betul tak? Atau lokasi dulu di tempat lain. TUDM butterworth banyak kenangan pada saya. Di situ , saya membesar sebagai anak tentera. Orang kata anak askar ni nakal..Entah la betul atau tak.Saya rasa biasa aja.Kalau lasak, mungkin ya... Saya selalu ada di taman rima petang2, lepas balik kerja...Kalau pagi2, hari cuti aja. Jam 7 dah ada kat sana. Saya nak jumpa mejar untuk dengar lebih lanjut macam2 cerita..kalau orang muda lain, mungkin tak minat..Saya suka ambik tahu hal macam tu supaya saya lebih sedar diri dan lebih hargai jasa pasukan keselamatan dulu2..
April 5, 2010 10:54 PM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
3 Skn berhadapan dengan 'shooting range' dan berhampiran dengan kelab golf. Jika anda masa, sila join saya dekat Gymkhana. Kebiasaannya pada Isnin-Khamis, InsyaAllah
April 6, 2010 5:56 AM
Zuraidi said...
Assalamualaikum Tuan. Saya Sjn U Zuraidi Zainal dari No 3 Sqn. Saya pun baru khatam baca blog tuan ni.Saya amat berasa bangga dgn kandungan blog tuan. Bergenang air mata saya bila baca artikel tragedi 26 April 1976. Untuk pengetahuan tuan,saya merupakan generasi baru Crewman pesawat Nuri. Terlalu banyak bezanya menjadi aircrew antara zaman saya dengan zaman tuan. Saya baru balik dari Ops Kota Echo di Gubir Sabtu lepas.Macam biasa lah tuan,Re-Sup setiap 10 hari.Bezanya sekarang tak ada lagi Gunship (Alloutte) sebagai pengiring. Alhamdulillah,itu tandanya negara semakin aman. Sekiranya tuan mempunyai masa terluang,sudi2 lah bertandang ke 3Sqn.Lot of experience that u can share with us. Apa2 pun,saya doakan semoga RTM dapat menerbitkan dokumentari tersebut. If u are free,dont forget to come here....Lot of your memories still in here CUCU CICIT NURI, Zuraidi Zainal 019 5437725
April 7, 2010 2:14 PM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Waalaikumussalam,
Saudara Zuraidi, terima kasih kerana membaca blog saya. Memang banyak kenangan semasa bertugas di No 3 Skn..satu-satunya Skn dalam TUDM yang paling banyak menerima anugerah keberanian negara -PTU & KPK. Adakah anda dalam gambar yang menunjukkan cara-cara memakai NATO Strop dalam coretan saya bertajuk "In Honour Of WO1 Salehuddin"? Saya memang berhasrat untuk berkunjung ke Skn nanti, InsyaAllah.
April 7, 2010 3:14 PM
Anonymous said...
yang dalam gambar tu bukan saya tuan.yang tu sjn riduan.all ready posted to 10 Sqn
April 7, 2010 4:04 PM
Alhamdulillah.Saya tumpang gembira terhadap result yang diperoleh. Usaha Encik Nor Ibrahim menampakkan ada keinginan dan kerjasama yang diberi oleh pihak terbabit.
TUDM yang awalnya berkeras , sudah serba sedikit membuka mata hati dan telinga untuk memahami tujuan agar diberi satu suntikan semangatbaru kepada para pilot dan anggota TUDM yang lain khasnya sekaligus masyarakat lebih menghargai pengorbanan 'The Unsung Heroes '.
Teruskan usaha murni Encik Nor Ibrahim. Saya pasti ramai yang memberi sokongan penuh termasuk saya sendiri dan juga menyimpan harapan tinggi agar wira-wira negara yang terlibat dalam operasi melawan keganasan komunis dan setara dengannya diberi penghormatan dan segalanya yang terbaik. Mereka berhempas pulas bersabung nyawa ketika orang awam tidur lena, agar rakyat Malaysia dapat menjalankan aktiviti harian tanpa ancaman dan aman.
Saya amat pasti Encik Nor Ibrahim merupakan insan yang paling gembira apabila RTM menyiarkan slot tersebut.Semoga rakyat lebih mengenang dan menghargai pngorbanan generasi terdahulu.
(shafik)
Saudara Shafik,
Terima kasih. Saya berharap DTU tidak mengambil masa terlalu lama untuk menjayakan projek tersbut.
keep it up sir
Dear Anonymous,
InsyaAllah.
Salam Tuan,
Alhamdulillah saya telah mendapat respons dari Corporate Sponsor utk Special TV Documentary program " The Unsung Heroes " yang mana akan dijayakan oleh Tuan sendiri dan beberapa xnuri pilots seperti yang dicadangkan memandangkan tiada bajet oleh pihak kementah. Saya perlu membentangkan kertas kerja dgn pihak PR TUDM dan Badan Korporat yang akan menaja program tersebut dalam masa terdekat. Insya Allah kita sama2 doakan semoga program ini berjaya didokumentarikan untuk tatapan umum khasnya rakyat malaysia bagi mengenang kembali jasa dan pengorbanan pilot nuri semasa melawan insurgensi.
Wassalam,
Mohamad Azli (Ex-Afats)
0196007646/0129733657
Saudara Azli,
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih. Sekiranya anda mahu senarai mereka yang terlibat, saya boleh mencadangkan nama-nama mereka, termasuk warga komando dan Jurutera.
Catat Ulasan