Pengikut

Isnin, 12 April 2010

Nuri...Sedia Menabur Bakti

Saya terbaca keratan akhbar yang mengisahkan cerita seorang warga komando semasa operasi di perbatasan Malaysia/Thailand pada 1977. Untuk mendapat kepastian tentang kesahehannya, saya telah menghantar e-mel  kepada 'Abah', mantan anggota komando, yang turut terlibat dalam operasi berkenaan. Ikuti cerita beliau...Fasa 1...

Cuma diakhir misi tersebut, kumpulan mereka tertinggal menakala saya dan beberapa anggota berjaya menaiki NURI yang hanya berjaya melakukan satu sortie sahaja penerbangan balik ke Gubir. Walau pun dalam keadaan yang genting dan was-was untuk menaiki kerana NURI   itu juga telah ditembak oleh PGK. Beberapa lubang/kesan tembakan dapat dikesani. Sebelum terbang juga AQM juga melakukan pemeriksaan secara pysikal dan didapati beberapa bahagian badan Heli telah terkena tembakan PGK. Seingat saya AQM tersebut seorang yang berbangsa Cina. Walaupun keadaan NURI ketika itu didalam 50-50, namum demikian NURI juga terpaksa diterbangkan memandangkan lokasi pendaratan itu betul berada didalam sebuah Ladang Getah/Marijuana yang didalam wilayah negara Jiran.  Sesampai sahaja di padang pendaratan Kem Gubir, para penumpang keluar dari AC secara meluru keluar tanpa mengikut giliran.  Enjin AC diberhentikan sertamerta serta Ground crew dan anggota standby dengan Fire Extinguisher. Syukur Alhamdullillah saya dan beberapa anggota , Pilot dan AQM selamat sampai ke Gubir. Allah masih meminjamkan nyawa kepada saya dan lain-lain yang menaiki NURI, kalau tidak saya  dan lain-lain akan menjadi mangsa NURI yang kedua.

Manakala kumpulan besar (main body) masih tertinggal di Negara Jiran seperti yang diceritakan oleh Sdra xxxxxx itu. Begitulah sehingga mereka selamat dikeluarkan dan seterusnya saya dimasukkan semula di operasi itu peringkat yang kedua dengan akhirnya mengakibatkan seoarang lagi putus kaki akibat BT. Oleh kerana ketika winching Medivac dilakukan, saya sebagai Radio Operator memberi panduan kepada Juruterbang ketika melakukan Medivac, kerana
ketika itu hari sudah hampir gelap dan beberapa kali Air Resque (Allahyarham (B) PWI Malik tersangkut didahan-dahan kayu bersama anggota (Medivac) yang diwinching. Akhirnya mereka selamat menjalani rawatan di RS (tak ingat samada PP atau AS). 
  
Anak kapal Nuri di era saya sentiasa sedia melaksanakan tugas dalam apa jua keadaan dan risiko yang terpaksa dihadapi. Kami terdedah kepada senjata pengganas komunis yang objektif utamanya ialah untuk menjatuh helikopter Nuri. Walaupun sebuah Nuri berjaya ditembak dan mengorban 11 warga tentera, namun demikian insiden tersebut tidak sama sekali mematahkan semangat untuk terus memberi bantuan kepada anggota keselamatan.

Saya telah menghubungi pegawai komando yang 'tertinggal' di negara jiran untuk mendapatkan cerita apa yang berlaku. Saya difahamkan beliau dan anak buahnya telah dikepung oleh pengganas komunis. Mereka berjaya memboloskan diri dari kepungan tersebut. Macam cerita "Rambo". Saya berharap beliau bersedia berkongsi pengalamannya yang sudah pasti saya akan menyiarkannya...Fasa 2, InsyaAllah.

Abah...Terima kasih. 

7 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Tuan !

Seram dan pilu serta bersemangat dengar cerita gitu...Tu dulu....!

Cuma cerita Kumpulan Kdo yang di kepong berserta elemen Jurutera tu di ketuai oleh Kapt Sudirman(Pak Sudir). Akan cuba dapat pengesahan beliau dalamasa terdekat,Inyaallah.Buat Anggota2 kita yang TERKORBAN hanya doa dan Alfatihah untuk ROH2 mereka..AMIN!
Drp Basri

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih. Saya berharap mereka yang terlibat bersedia berkongsi pengalaman mereka. Mungkin terbacanya cerita begini, generasi kini akan memahami pahit maung orang terdahulu yang sedia berkorban untuk negara.

Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban. Semoga Allah mencucuri roh mereka.

Abah berkata...

Cerita peristiwa ini betul-betul panassss setelah episod demi episod dizahirkan. Pagi tadi pun saya telah dihubungi oleh Sdra Sallehuddin dari PJ (maaf sekiranya nama tersebut tidak berapa tepat). Beliau begitu bersemangat mengikuti kisah ini. Semoga sdra Salehuddin dapat mengikuti setiap episod selanjut yang dipersembahkan oleh Tuan Nor selanjutnya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Abah,

Saya berterima kasih kepada semua penyumbang kepada peristiwa 34 tahun dahulu. Malah saya sendiri tidak mengatahui cerita ini.

Sesiapa yang mengetahu dari aspek perisikan, terutama apa yang penyebab operasi besar-besaran dilancarkan, sila ceritakan. Saya cuba mendapatkan tel # Gen (B) Arulpagasam, Bde Comd 6 Bde ketika itu, tapi tak berjaya. Sesiapa kenal Maj Gen (B) Dato' Mahmood, cuba tanya pada beliau. Ketika beliau GOC. Mungkin beliau sedia menceritakan.

Belum cuba belum tahu.

Tanpa Nama berkata...

Ya, dengan adanya ruang sebegini, dapat dicoret sebanyak mungkin pengalaman lepas. Pada masa sama dapat menyedarkan generasi yang ada sekarang. Patut dihargai, dihormati golongan yang satu ketika dulu pernah bersabung nyawa untuk memastikan negara Malaysia bebas dan aman dari ancaman luar. Sekarang, mereka2 mungkin hanya pakcik2 biasa yang berkebun di rumah, atau berkerusi roda/bertongkat untuk bergerak. Tanpa masyarakat tahu, mereka inilah satu ketika dulu berjaga siang malam, kerah kudrat semaksima mungkin dan ada yang gugur atau cedera sehingga cacat anggota badan. Kisah2 mereka ini, patut dikumpulkan dan tentu menjadi satu kisah ayng patut dihayati sekaligus dihargai bersama rakyat Malaysia yang hidupnya jauh lebih baik daripada satu ketika dulu.

Mereka tak minta diberi piala atau menjadi selebriti atas sumbangan yang diberi. Cukup sekadar menghargai, mengingati dan mensyukuri atas nikmat hidup yang ada pada masa kini. Sementara kudrat dan nyawa perwira2 masih dikandung badan, hargai dan hormatilah sebaik mungkin.

Kerana tanpa pengorbanan mereka, generasi sekarang tak akan mungkin merasa nikmat hidup seperti sekarang di Malaysia.

Diharapkan juga, anak-anak dan cucu-cicit anggota keselamatan yang pernah berjuang satu ketika dulu berbangga dan menyanjung keberanian dan pengorbanan generasi yang lebih awal.

Saya juga menunggu setiap posting terbaru. Untuk dijadikan pengisian diri, agar lebih menghargai dan menghormati generasi terdahulu berkorban utuk kesenangan generasi sekarang.



* cerita bertajuk Satu Bodevac Menjadi Dua Bodevac benar2 buat saya terbayang keadaan masa tersebut. Tak dapat dibayangkan segala perasaan timbul, walaupun kisah dah lama berlalu.

(shafik )

Capt's Longhouse berkata...

nor,

,,,during ops gubir, i had to fly in at night to an LP on a hill top to pick-up one badly wounded soldier and the ground troops were briefed to flare up the area on my approach and take-off in-order for me to land/take-off safely. We flew him back to Penang GH padang, which was unlit but fortunately am familier with since my wife used to work there !.
,,,the sad thing is, i lost too many friends and buddies during that bloody ops gubir. i still have too many sad memories-lah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Shafik,

Terima kasih kerana menghargai pengorbanan wira-wira terdahulu.

Dear Sharif,

I really hope the new generation of Nuri pilots gain something from our experiences, the veteran pilots.