Pengikut

Rabu, 14 April 2010

Masih Memperjuangkan

Pembaca...Sungguh bertuah 'wira-wira' sukan negara Malaysia kita ini. Jangan kecewa sekiranya anak-anak anda kurang berjaya dalam pendidikan tetapi lebih berminat dalam bidang sukan/olahraga. Beri fokus sepenuhnya supaya mereka betul-betul berjaya kerana negara menyanjung tinggi ahli sukan yang mengharumkannya di persada antarabangsa. Tak usahlah mengharap sebarang pengiktirafan sekiranya anda berkorban demi untuk mempertahankan negara!!

Mengapa saya berkata begini? Baca saja keratan akhbar The Star bertarikh 1 April 2010...

Terbayangkah anda...dengan hanya melayakkan diri untuk bertanding Sukan Olympic, anda berhak menerima imbuhan RM2K sebulan setahun sebelum bermulanya sukan tersebut semasa menjalani latihan!!  Dengan bersemangatkan slogan "Malaysia Boleh", berjaya pula membawa pulang pingat emas...RM1juta beb! Pencen bulanan RM5K dah gerenti...wow! Itu belum lagi imbuhan dari negeri kelahiran anda dan gelaran. Terbang ke luar negara sudah menjadi perkara biasa...latihan dan pra pertandingan di luar Malaysia. 

Beginilah...sekiranya saya berusia 20'an sekarang ini dan memenangi pingat emas Olympic, ketibaan di LTAT Sepang disambut oleh Pak Menteri dan ramai lagi VVIP. Sudah tentu temu janji dengan PM. Negeri Perak pula menganugerah gelaran 'Datuk' dan sebidang tanah...maklumlah anak Perak. Jangan lupa...dah gerenti mendapat  gelaran 'Olahragawan Negara'... cek lagi! Syarikat-syarikat sukan pula berebut-rebut untuk melantik saya sebagai 'Duta' keluaran produk mereka. Kerajaan juga menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di IPTA yang saya idamkan!! Anda pula, suka tak suka, kenalah panggil saya...Dato' Nor Ibrahim...He...he...he.

Itu 'wira-wira' sukan. Bagaimana pula 'wira-wira' yang terkorban dan cacat anggota tubuh badan yang terpaksa ditanggung sehingga akhir hayat? Penerima SP & PGB boleh dikategorikan bernasib baik kerana mereka diberi imbuhan dengan kadar...pada saya tak  berbaloi dengan pengorbanan mereka! Yang lain-lain tu...melopong sajalah!!

Saya telah merayu kepada PM, Menteri Pertahanan sehingga ke Parlimen agar penerima JPP, PTU & KPK turut diberi imbuhan bulanan. Jawapannya...'tidak berprestij' dan 'ekonomi tidak mengizinkan'. Mana satu yang betul pun saya tidak tahu. Tup...tup...diam tak diam...Menteri Belia dan Sukan mengumumkan imbuhan tersebut.

Saya percaya e-mel yang saya layangkan kepada pihak berwajib di'delete' oleh penerimanya. Dah tak ada masa nak layan Mejar pencen ini. Namun demikian, untuk makluman, berita rasmi terkini yang saya terima ialah surat berikut...

Seorang pembaca, 'skot', telah memberi komen "....salam tuan... saya rasa agak susah jika tuan berjuang secara one man show. Saya syorkan tuan join PBTM dan membuat usul apa yang difikirkan perlu untuk diperjuangkan.tq". Mungkin benar apa yang beliau katakan. Untuk makluman, usul ini telah dibawa semasa Mesyuarat PBTM Cawangan Kubang Pasu pada 6 Mac 2010. Saya tidak dapat hadir kerana ketika itu sedang menarik troli  semasa pertandingan 'Piala Keputeraan' di KKDR. Berikut adalah petikan dari PBTMK yang ditulis oleh En Hamzah Hj Dollah...

'Pingat Keberanian- PBTM Kubang Pasu komited membawa usul

Satu usul yang diutarakan oleh peserta dan diterima untuk dimajukan ke pihak atasan ialah berkenaan pembayaran elaun untuk penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK). Ketua Cawangan menjelaskan ianya akan dibawa sebagai usul untuk diperbincangkan di peringkat atasan.'

Sebagaimana yang disyorkan oleh penulis surat di atas '...agar pihak tuan dapat bersabar serta mendoakan yang terbaik agar usaha-usaha yang sedang dijalankan ini mencapai matlamatnya dan seterusnya menjadi realiti'....Amin!

7 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

One of the reason why young generations join the service is simply because they could not have any other job namely in private sector.

That is why currently we would record more complaint from them in term of everything from hard training to politicking as a result of peaceful Malaysia created by people like you. They are too pampered.

The other thing which I believe should be given more attention is no other than what is the future of ex-serviceman.

Navy can join APMM. Air Force can join airlines but what happen to Army other than being security guard or taxi driver where their welfare is not being taken care. I even could say their service is not being recognized.

Being in PBTM is just as good as being in the political party where the office bearers has done nothing other than talking (No Action Talk Only - NATO).

Very sad to note some officers would say Join Navy & See The World. After that they are treated like a rubbish.

Again, I'm very sad... Why can't PDRM absorb those ex-serviceman with equal rank?

Mohd Arshad Raji berkata...

Dear Nor,

Read my posting in Mind No Evil. Regards.

Tanpa Nama berkata...

Maj...
From Taming Sari to Kambing Kari and the future is kambing Biri Biri.
"Out of mind...out of sight. "
So mari kita menyanyi untuk PAT...
Bek bek kambing...kau ada bulu
Ya Tan Sri, Ya Datuk...3 karung penuh
....to be continued!!!!!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Kamal,

If I'm not mistaken, there is a 'scheme' whereby xservicemen can apply to join PDRM. Of course, it all depends on meeting certain criteria. I don't know how the response is like.

Dear Dato',

I read your posting. Thank you for your support.

Dear Anonymous,

I understand that you're expressing 'disappointment'. However, I'm sure we don't have to be that 'crude'. I still believe in some form of a decorous way of commenting.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

I have done some homework whereby it is confirmed there is a scheme as mentioned by your goodself but I not sure whether they were given the same rank or just constable.

But I guess, the respond might not be so good. Will check on this.

Tanpa Nama berkata...

Maj,
Sometime we have to be 'crude' as being kind not the order of the day now.
Or is it worth to maintain such decorum when the power that be is so ignorant and can't be bothered at all.
Anyway my salute to you and you have not changed. Salam....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Anonymous,

I'm happy that you still have the time to give your comments after I reproved you.