Followers

Friday, April 30, 2010

The Quartet

17 March 2010...My gang's monthly golf outing. We decided to show our golf prowess at Permaipura Golf & Country Club, Gua Chempedak.  Frankly, I don't understand why most people are not too happy when grouped under 'senior' citizens. Think positive...We make use of the benefits conferred to 'twilight' citizens. For instance, we need to pay RM21 only for 'green' fee and RM26 for twin-sharing buggy. 

Three of us, Abg Tad, Cikgu Khalid and I left Bandar Darulaman in Abg Tad's car while Hamid drove alone. He's staying in Alor Setar.  As usual, our RV was a restaurant at Bedong for breakfast.

Our stake for 'Monthly Medal'  is high...RM5 if you play to your handicap. If I play net score of 72 while others play 'over'...then I'm the winner with maximum earnings of RM15. However, if all of us play 'over'...my RM5 is saved. We had over more than 10 outings...but so far none of us has yet to be the proud winner of this highly sought-after prize money of RM15. 
  L to R: NIBS, Abg Tad, Cikgu Khalid, Hamid with the background of Gunung Jerai

On the way back, we stopped at our favourite restaurant, Haji Ramli's, at Simpang 4 Kangkong. My favourite is the 'kari ayam kampung' and fresh manggo juice...wow! Put aside the game and focus on the 'nasi kandar'.

15 April 2010...We decided to go out again. Initially we planned our outing on the last Thursday of the month. However, we had to bring it forward since Cikgu Khalid was going to Mecca for 'Umrah' on 18 April and would be back on 28 April. So...Black Forest...here comes the 'Quartet'.

As expected, on the way to Bt Kayu Hitam, Cikgu must stop at his favourite 'warong' at Changlun for 'breakfast'. I know what he wanted for his 'alas perut'...'nasi jagung with ayam kampung'. I've to admit...not bad, you know. Come to think about it, I'm more and more becoming like a Kedahan...rice for breakfast...not 'nasi lemak bungkus'. Luckily, this pampering is only limited to our outings. I'm yet to try 'pulut dengan ikan tamban tergeliat'. Don't laugh...it's a delicacy here. 

We were fortunate that our neighbouring country was celebrating the 'songkran' that day. The caddies there are Thai girls and they were celebrating the festival that morning. So...no caddies. Good for us since it meant we didn't have to pay for their services...saved RM20. Being a senior golfer, the fee is RM68 inclusive of caddy. Without caddy...RM48. Good bargain.

 The Quartet at Black Forest Golf Club

Again...None of us played to our handicap. It could be due to 39.5*C that day...real hot day! This time we had lunch at the club itself...Sdn Bhd. Don't you envy us?

Thursday, April 29, 2010

Tragedi 26 April 1976...Pengiktirafan Negara

Negara Malaysia mengiktiraf pengorbanan wira-wira yang terlibat dalam Operasi di Gubir menawan kem pengganas komunis dengan menganugerahkan...

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA
http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk6/images/img_krwg_2.gif

Sempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong pada 1 Jun 1976...

PINGAT GAGAH BERANI
  • Mendiang Kapt (U) Choo Yeok Boo, No 7 Skn
  • Lt M Basri Bin Omar, 3 Skn Jurutera
PINGAT TENTERA UDARA
  • Kol (U) Shaharuddin Bin Ali, Markas PANGUD
  • Mendiang Lt (U) Chung Ming Teck, No 10 Skn
  • Lt (U) Murad Bin Mohd, No 10 Skn
  • Lt (U) Darby Owen, No 3 Skn
  • Mendiang Sjn (KU) Leong Yee Heang, No 10 Skn
KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN (KPK)
  • Mej (U) Amirul Ghani, N0 12 Skn
  • Allahyarham Kapt (U) Mustapha Kamal, No 7 Skn
  • Kapt (U) Sim Kien Peng, No 3 Skn
  • Kapt (U) Rahman Ali, No 12 Skn
  • Kapt (U) Annuar Musa, No 6 Skn
  • Allahyarham Lt (U) Wan Munsiff Bin Wan Salim, No 10 Skn
  • Lt (U) Khalid Bin Ali, No 3 Skn
  • Flt Sjn ((KU) Sallehuddin, No 10 Skn
  • Flt Sjn (KU) Manogaran, No 10 Skn
  • Sjn (KU) Peter Nunis, No 3 Skn
  • Sjn (KU) Patrick Lee, No 3 Skn
  • Allahyarham Mej Harris Bin Md Rejab, RBCO Songkhla
  • Kapt Abd Rahim Bin Saad, 1 RGKM
  • Sjn Yusoff Bin Abu, 1 RGKM
  • Sjn hussain Bin Mohamad, 1 RGKM
  • Allahyarham L/Kpl kamarulzaman Bin Zakaria, 1 RGKM
  • Kpl Muhammad Bin Awang Hamid, 3 Skn Jurutera
  • Allahyarham L/Kpl Abdullah Bin Abdul Majid, 3 Skn Jurutera
  • L/Kpl Salleh Bin Ismail, 3 Skn Jurutera
  • L/Kpl Ahmad Bin Mat Isa, 3 Skn Jurutera
  • L/Kpl Tan Bin Idris, 3 Skn Jurutera
Sumber: Warta Kerajaan 2hb Jun 1976.

Sekali lagi...Puan Sulasteri Bt Abdul Hamid (ANM) dan Puan Nurhanan Muhamad (PNM) ...Terima kasih diatas kesedian anda menghantar salinan Warta Kerajaan Persekutuan berkenaan.

Wednesday, April 28, 2010

Ops Cahaya Bena...1977 (2)

Pembaca...Penekanan sehingga kini diberi kepada anak kapal - aircrew. Kami ini seperti pelakon di layar perak...terbang sini...terbang sana. Maklumlah hero...katakan. Siapa yang membuat kami jadi hero? Siapa yang terpaksa menyelenggara helikopter yang berderet ini semua...?

Kapt (U) Raja Mohd, Kol (U) Fauzi, Lt (U) Noel Richard 

Jangan lupa mereka yang di belakang tabir...terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan burung-burung Nuri berterbangan apabila diperlukan. Mereka ini ialah anggota 'doktor' pesawat - Ground Crew (GC). GC terbahagi kepada beberapa 'kepakaran'...'Airframe', Enjin, Radio, 'Instruments' dan Eletrikal. Mereka turut dibawa bersama semasa aircrew membuat detachment di Kroh.

Bukan sahaja terpaksa 'merawat' Nuri...
Mengganti 'main rotor blade' Nuri Kapt (U) KL Chong terkena tembakan pengganas komunis

Turut menentukan 'Gunships' berlegar-legar menjaga keselamatan Nuri... 

GC dengan Hero-Hero Alouette Gunship

Sepertimana yang diceritakan sebelum ini, selain senjata M16 dan ves fragmentation, kami dieskot oleh sekurang-kurangnya seorang 'Air Rescue Team (ART)' - anggota komando. Mereka ini dianggap sebahagian krew Nuri. Malah, mereka di 'attach' di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Kehadiran mereka memberi sedikit jaminan Nuri akan 'melawan' balik sekiranya ditembak oleh pengganas komunis.


GC, Hero-Hero dan ART (kanan-beret hijau)

Seramai 4 warga komando telah terkorban semasa menjalankan tugas sebagai ART. Dua terkorban bersama Nuri di di Gubir pada 26 April 1976 dan dua di Ops Selamat Sawadee.  Kedua-dua anggota ART telah terkorban dalam dua insiden berasingan yang melibatkan Nuri Kapt (U) KL Chong ditembak oleh pengganas komunis.

Mereka yang terkorban  ialah...

~ L/Kpl Kamarulzaman (Gubir)
L/Kpl Suandi (Gubir)
L/Kpl Sabki (Kroh)
L/Kpl Ismail (Kroh)

Semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas roh mereka...Al-Fatihah.

Satu penghormatan untuk anggota 'Ground Crew' dan 'Air Rescue Team'...Terima kasih.

Mejar Jeneral Dato' Fauzi TUDM (B)...Terima kasih diatas sumbangan gambar-gambar.

Tuesday, April 27, 2010

Tragedi 26 April 1976...Satu Kepuasan

Teks yang dikirimkan oleh Puan Sulasteri Bt Abdul Hamid, ANM, dan disiarkan oleh radio 'Nasional Klasik' pada 26 April 2010 sempena 34 tahun tragedi tersebut. Walaupun kecewa  tidak dapat menonton disebabkan pertukaran waktu program tersebut disiarkan melalui RTM1, saya tetap bersyukur kerana pengorbanan wira-wira tersebut masih dikenangi...Satu kepuasan bagi diri saya!

PERISTIWA PERAJURIT NEGARA TERKORBAN DI GUBIR KEDAH

Tarikh Peristiwa: 26.4.1976

Pada hari ini dalam tahun 1976, Operasi ‘KOTA’ mencatat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 Pegawai dan anggota pasukan keselamatan jatuh ditembak akibat angkara pengganas komunis pada lebih kurang pukul 10.00 hingga 10.30 pagi di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah. Helikopter tersebut dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand terbakar dan mengorbankan kesemua pegawai dan anggota termasuk juruterbang. Perajurit yang terkorban ialah Major Haris Rejab, Kapt (Udara) Mustaffa Kamal Md Shaffie, Kapt (Udara) Choo Yeok Boo, Kapt Sulaiman bin Abdullah, Leftenan Ibrahim bin Zakaria, Leftenan (Udara) Wan Munsiff Wan Salim, Leftenan (Udara) Chung Ming Teck, Sarjan (Udara) Leong Yee Heong, Sarjan Khamis bin Dolmat, Koporal Kamarulzaman Zakaria dan L/Kpl Suandi bin Saim. Kesemua perwira yang terkorban telah selamat dikebumikan dengan penuh kehormatan ketenteraan di kampung masing-masing. Kesan daripada operasi tersebut, pasukan keselamatan telah berjaya menyekat kemasukan secara besar-besaran unit pengempur pengganas komunis ke Semenanjung Malaysia. Selain dari itu pasukan keselamatan juga telah berjaya memusnahkan beberapa kem besar dan tempat simpanan makanan pengganas komunis di perbatasan. Dalam operasi tersebut, seramai 22 orang pengganas komunis telah dibunuh, lima ditawan dan seramai 17 orang menyerah diri. Sesungguhnya pengorbanan perajurit-perajurit yang gugur mempertahankan negara bukan sahaja dirasai oleh ibu-bapa dan keluarga tetapi ia juga dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Keberanian dan pengorbanan merekalah yang membolehkan kita semua hidup aman damai dan harmoni seperti hari ini.

Inilah keratan akhbar kiriman Lt Kol Basri Bin Omar (B) memaparkan kesemua 11 wira-wira yang terkorban...



Puan Sulasteri (ANM), RTM dan Lt Kol Basri Bin Omar (B)....Terima kasih.

Maka...Berakhirlah satu perjuangan.

Monday, April 26, 2010

Ops Cahaya Bena...1977 (1)

Saya sungguh teruja apabila menerima gambar-gambar melalui e-mel yang dikirimkan oleh mantan Pegawai Memerintah TUDM Butterworth...Mejar Jeneral Dato' Fauzi Hussein TUDM (B).  Ketika itu beliau berpangkat Kolonel (U). Gambar-gambar berikut menunjukkan penglibatan helikopter Nuri dan Aloutte 111 semasa Operasi Cahaya Bena:  4Julai - 10 Ogos 1977. Kem Kroh menjadi 'pengkalan' untuk  aset bantuan udara. Saya tidak terlibat dalam operasi tersebut kerana ketika itu masih di No 10 Skn, TUDM Kuantan. Kami 'berkeliaran' di Batu Melintang dan kawasan operasi di Pahang, seperti di Bt Koman, Raub.

Pelancaran Operasi...Beginilah pemandangan 'lapangan terbang' Kroh...

Kol (U) Fauzi dengan 'burung-burung' Nurinya

Hero-hero TUDM...


Kiri ke Kanan: Lt (U) Zainal Piee, Kapt (U) AP Lim, Kol (U) Fauzi, Kapt (U) KL Chong, arwah Kapt (U) Ismail Saud

'Trigger-happy' Juruterbang 'Alouette Gunships'...

Kiri ke Kanan:Kapt (U) Darby Awin, mendiang Lt (U) Wee Kong Beng, Kol (U) Fauzi, Lt (U) Mazlan, Mej (U) Stephen Ngiau

Sasaran utama pengganas komunis (PK) ialah siburung NURI. Diburu...bukannya Pemburu. A big, bulky and defenceless 'bird' impossible to miss!! Apa yang ada hanyalah M16 sahaja dan memakai ves 'fragmentation' (dipakai oleh Kol Fauzi-gambar bawah). Masa itu tiada ves kalis peluru. Justeru, semua penumpang terpaksa membawa senjata mereka, termasuk PANGUD (Panglima Udara), untuk mempertahankan diri sekiranya Nuri ditembak jatuh.  

Brig Jen (U) Mohd Ngah, PANGUD, turut turun padang. Untuk menyelaras penggunaan aset TUDM, Tim 'Forward Air Commander (FAC)' dihantar ke Combined Task Force HQ, Kroh ...


Kiri ke Kanan: Kol (U) Fauzi, Brig Jen (U) Mohd Ngah (PANGUD), Lt Kol David Herman (Meriam), Lt Kol (U) KC Su (Ketua Cwg Penerbangan, TUDM Butterworth), Lt Kol (U) Richard Jaleh (Ketua POTU)

Sebarang permohonan bantuan udara disalurkan melalui 'Brigade Air Support Officer (BASO)'...

Kiri ke Kanan: Kapt (U) Raja Mohamad,  Mej (U) Stephen Ngiau, Mej (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh (Ketua POTU), Mej (U) Ooi Ah Bah (BASO)

Pegawai Memerintah unit-unit yang terlibat...

Depan: Kiri ke Kanan~Lt (U) Musa, Kapt (U) KL Chong, Kapt (U) Raja Mohamad, Mej (U) Harun (BASO)
Berdiri: Kiri ke Kanan~Lt Kol David Herman (2 Meriam), Kol (U) Fauzi, Lt Kol Adnan (7 RAMD), Mej (U) Stephen Ngiau, Kapt (U) Ismail Malek, Supt...(? PPH), Lt Kol Hashim 'Belanda' (6 RAMD)

Ditembak sudah menjadi rutin...Ini tidak sama sekali melunturkan semangat wira-wira udara.

Kapt (U) KL Chong menunjukkan kesan tembakan kepada Brig Jen (U) Dato' Mohd Ngah (2 dari kanan) di Kroh.

Selain trups, meriam turut di 'underslung'...

Meriam M1N1

Ke 'gun position' untuk memberi 'fire support' kepada 'footsloggers'...

Lokasi meriam

Bersambung...

Sunday, April 25, 2010

Tragedi 26 April 1976...Penglibatan Jurutera (2)



Hari ini, 25 April 2010, tarikh yang tidak boleh dilupai oleh No 3 Skuaderon, RJAD, terutama mereka yang terlibat dalam operasi memusnah jerangkap samar di kem pengganas komunis. Genap 34 tahun 302657 LKpl Abdullah Bin Abd Majid terkorban manakala Lt Kol Basri Bin Omar (B) tercedera akibat jerangkap samar dalam terowong terbabit. Lt Kol Basri telah diterbangkan ke Hospital Alor Setar dan salah seorang pegawai tentera yang melawat beliau ialah arwah Mej Harris Bin Rejab. Arwah dalam perjalanan ke 6 Bde, Sg Petani dari Haadyai. Keesokan hari...Hanya tinggal dalam kenangan...!

Ikuti sambungan "Tragedi 26 April 1976...Penglibatan Jurutera  (1)"...

Ops GUBIR 2 – TUNNEL CLEARANCE: fallen heroes

Ketika sedang sibuk memberi pencahayaan kepada Sapper Mad tiba-tiba saya terdengar Lt Basri berteriak dari atas berdekatan dengan pintu terowong.....mana Lt xxxx? Secara otomatis sambil menoleh ke belakang saya menjawab dengan suara yang agak tinggi juga.......di bawah Tuan, dari bebayang di pintu terowong saya dapat lihat kelibat 2 – 3 orang sedang menuruni tangga masuk manakala saya meneruskan operasi pembersihan. Selang beberapa saat kemudian satu letupan di belakang menggegarkan terowong, saya merasakan gegaran sehingga terasa dinding terowong bergoyang, habuk dan asap memenuhi ruang sehingga cahaya suluhan lampu suluh menjadi seolah-olah light-sabre dalam filem Star Wars. Tersentak......hanya perkataan DIAM yang keluar dari mulut lalu saya menoleh kebelakang. Dalam keadaan samar dari kedudukan saya, nampak dua tubuh terbaring dilantai terowong dan terdengar suara mengerang kesakitan dijarak 20-25 kaki dari saya. Alhamdullillah tiada sesiapa pun antara kami yang kelam kabut atau berlari semuanya macam terpaku dilantai terowong apabila mendapat arahan untuk “diam”....saya lihat anggota Komando sudah bersedia dengan M16 dalam kedudukan sedia untuk bertindak. Tiada perkataan dapat membayangkan betapa senyap dan sepinya ketika itu sehinggalah...........backtrack dan angkat yang cedera keluar dari mulut saya. Seketika kemudian saya terdengar....Tuan Basri dan Dollah kena Tuan. Dari tempat saya, jelas kelihatan dua tubuh diangkat oleh rakan-rakan lain dan dibawa keluar terowong.....semasa saya dan Sapper Mad melintasi kawasan letupan jelas kelihatan lubang kesan bahan peledak sebesar 8-12 inci di dinding kiri terowong (sebelah kanan saya masa keluar) di paras pinggang.

Sampai permukaan diatas,  saya lihat dua tubuh berada diatas gelanggang. Lt Basri telah diletakkan atas stretcher secara meniarap manakala LKPL Abdullah sedang dipangku oleh Kpl Kassim dan dikelilingi oleh Sappers yang lain. Jelas kelihatan Lt Basri dalam kesakitan namun beliau masih boleh bergerak cuma saya lihat seluar dibahagian pinggulnya berlubang-lubang dan berdarah. Saya menoleh ke arah Kpl Kassim yang air matanya bergelinang manakala yang lain dalam keadaan terkejut dan murung serta ada yang menangis terisak-isak....apabila saya  hampir saya terdengar Kpl Kassim sedang membisikkan kalimah Assyaduallah illahaillallah Waashsyaduanna Muhamadarasullullah ke telinga LKpl Abdullah. Saya lihat sekujur tubuh kaku yang berdarah dikawasan perut sebelah kiri yang dibalut dengan shell dressing yang tidak lagi putih tetapi merah, Saya Lt Muda Xxxx yang  berusia 21 tahun dan telah melalui kehidupan tentera sejak berumur 16 tahun dan dilatih untuk berdepan situasi sebegini,  namun saya jatuh terduduk di depan jenazah Allahyarham sambil menangis terisak-isak. Di dalam genggaman tangan kanan saya tersedia sebotol morfin dan sebilah syringe namun ianya tidak diperlukan lagi.

Masih dalam keadaan sedih saya terdengar teriakkan....bawa ke LP, heli on the way, barulah saya tersentak dan menuju ke arah Lt Basri yang dalam kesakitan dan tanpa soal banyak terus saya menyuntik beliau dengan morfin yang ada ditangan namun Alhamdullillah saya lihat tiada kecederaan yang membahayakan dan semua anggota badan beliau masih ada. Semasa diusung oleh Komando menuju ke LP beliau telah sempat memberi arahan terakhir beliau kepada saya........ whatever happened  you blow the tunnel. Saya sekadar mengangguk tanda faham dan melihat tubuh longlai beliau dan jenazah Allahyarham LKpl Abdullah diusung ke LP sehingga lenyap dari pandangan kami semua di tengah-tengah gelanggang.

Kami masih tidak bergerak dari tempat Arwah menghembuskan nafas terakhirnya, semuanya tunduk dan tiada seorang pun dari kami yang tidak mengalirkan air mata. Kpl Choo Chin Eng alias “bricklayer” bekas budak Royal Engineers yang paling tua antara kami dan berasal dari Pulau Pinang saya lihat tidak henti-henti mengesat air matanya, Kassim “Pronto” yang lembut pada zahirnya namun keras hati tetap mengalirkan air mata, begitu jua Misnan “jawa” , Mat “chabai” dan lain-lain. Sesekali saya terpandang ke tompokan darah Arwah di bumi dan sampul shell dressing yang bertaburan ditiup angin. Tiada kata-kata dapat menerangkan betapa “dingin”nya suasana semasa itu.

Kedinginan dunia kami hanya dipecahkan oleh deruman kipas Nuri yang makin lama makin dekat menghampiri LP, saya bergegas bangun dan mengarahkan yang lain untuk kekal disitu untuk mengumpulkan semua peralatan dan kelengkapan kerja dan akan kembali untuk memberi arahan selanjutnya. Setiba di LP saya bertemu Pak Sudir yang mengucapkan takziah kepada saya dan seterusnya saya bergegas bersama-sama Komando menaikkan Lt Basri dan jenazah Arwah kedalam perut Nuri. Saya sempat melambai kepada Lt Basri sehingga Nuri hilang dari pandangan. Setelah itu saya berbincang dengan Pak Sudir mengenai tugasan seterusnya, memandangkan apa yang berlaku dan risiko yang akan dialami dalam terowong akhirnya kami bersetuju untuk meletupkan sahaja terowong dengan harapan ianya tidak lagi dapat digunakan oleh PGK terutama terowong kedua. Namun ianya tidak akan berlaku pada hari ini 25 Apr 1976.

Saya turun semula ke Kem PGK untuk bertemu semula dengan kesemua Sappers. Setelah berbincang dengan mereka saya membuat keputusan; semua kerja pembersihan jerangkap samar dihentikan hari ini, kedua-dua terowong akan diletupkan tertakluk kepada baki PE yang ada, semua peralatan dibawa ke LP, kerja pemusnahan terowong akan dilakukan seawal pagi esok. Manakala mengikut Kassim “Pronto” seingat beliau semasa menghantar SITREP semalam PE masih ada sebanyak 500 kg. Dengan keputusan itu maka kami pun bergerak ke LP kerana disekeliling LP itulah tempat kami berkampung selama ini untuk berehat dan melayan perasaan. Percayalah, walau pun kami berada di Kem PGK namun pemandangan dari LP sebagai tempat yang paling tinggi dibukit itu memang tersangat indah dengan terdapat bukit dikiri dan kanan,  ditengah itulah laluan Nuri ke lokasi kami, jauh dibawah terdapat lembah antara dua bukit yang jelas dengan kehijauan. Tiada satu kawasan lapang pun yang menunjukkan ianya diterokai kecuali tapak LP kami, semuanya hutan belantara dengan canopy yang tebal, I supposed being a soldier, such scenery came with the job.

Ops GUBIR 2 – NURI : the last flight in

Pagi 26 Apr 1976, seperti biasa lepas stand to dan bersarapan saya memanggil “O” group anggota saya, kejadian semalam masih menghantui kami semua. Sedih namun hari ini kami dijadualkan untuk meletupkan kedua-dua terowong PGK. Setelah membuat pengiraan, kami sebulat suara berpendapat bahawa 500 kg PE tidak mencukupi bagi kedua2 terowong. Tambahan PE perlu dimohon dari Gubir untuk dihantar dengan resup akan datang. Sementara itu dengan baki PE yang ada saya membuat keputusan untuk meletupkan terowong kedua dahulu iaitu terowong insiden Lt Basri semalam. Keputusan dibuat berdasarkan; kesudahan terowong tidak dikenal pasti, ia boleh digunakan untuk counter attack/assault oleh PGK sekiranya ia adalah laluan escape mereka. Sekiranya andaian ini tepat maka ianya adalah ancaman kepada kami yang berada dipermatang yang sama dengan Kem PGK. Dengan rasional tersebut saya berjumpa dengan Pak Sudir untuk mendapatkan persetujuan. Beliau bagaimana pun mengarahkan saya untuk jangan letupkan lagi sebab hari ini ada lawatan pegawai atasan untuk meninjau Kem PGK dan mengesahkan kedudukan kem tersebut sama ada dalam Malaysia atau pun berada di dalam negara jiran. Saya pun balik bertemu anggota Sappers dan kami bersetuju untuk terus membuat persiapan kepada detonating cordssafety fusesdetonators dan lain peralatan bagi maksud pemusnahan terowong.

            Dari jauh saya terdengar kipas Nuri membelah langit,  saya nampak seorang Komando bergegas ke LP untuk merentangkan marker panel  atas LP untuk memudahkan pilot membuat pengecaman. Setiap ketibaan Nuri memang amat dinantikan oleh kami kerana ia juga akan membawa makanan ready-cooked kami. Hari ini disebabkan saya tidak ada sebarang penugasan maka saya membuat keputusan untuk menjadi marshall pendaratan Nuri. Berdiri di hujung LP dengan mengangkat kedua tangan membentuk huruf “V” dengan menghadap ke arah Nuri saya bersedia untuk memberi isyarat supaya terus maju. Dari jauh saya lihat Nuri berpusing untuk mengambil laluan yang sama ia itu melalui ruang antara dua bukit, apabila saya pasti saya boleh dinampak oleh pilot maka saya memberi isyarat untuk terus maju dengan menggerakkan kedua tangan. Sedang ia menghampiri LP kami dan tatkala sampai kekawasan antara dua bukit tiba-tiba saya terdengar tiga short burst senjata otomatik....truttt....truttt....truttt dari arah bukit sebelah kanan, Nuri pun membelok kekiri dan terbang hingga hilang dari pandangan kami di LP dan kami andaikan ia berpatah balik ke Kem Gubir. Tiada tanda-tanda menunjukkan ianya terkena tembakan PGK sebab tiada asap keluar mahu pun ada tanda-tanda hilang kawalan semasa itu.

            Pak Sudir semasa itu dengan pantas membuat panggilan untuk bantuan tembakan meriam ke arah lokasi tembakan berdasarkan arah bunyi tembakan PGK kerana ianya agak jauh dari lokasi kami dimana small arms kami tidak dapat memberi kesan.Tembakan menggunakan peluru smoke dibuat ke sasaran dahulu untuk tujuan adjustment. Pak Sudir yang berpengalaman saya lihat telah membuat sebanyak tiga kali pembetulan sehingga smoke yang terakhir tepat kesasaran yang dikehendaki dan seterusnya beliau memberi arahan fire for effect. Walaubagaimana pun sedang kami menunggu-nunggu peluru High Explosives(HE) yang pertama jatuh mengenai sasaran yang diregistered...sebaliknya ia telah jatuh disebelah kanan berhampiran lokasi LP kami yang membuatkan kami bertaburan mengambil perlindungan dicelah-celah batang dan akar pokok. Saya lihat Pak Sudir dengan suara lantang melalui radio mengeluarkan arahan cancelled....cancelled fire for effect. Alhamdullillah tiada sesiapa pun antara kami yang tercedera, setelah keadaan menjadi tenang, Kem Gubir telah dihubungi untuk mengenalpasti kedudukan Nuri yang ditembak PGK..........kami telah dimaklumkan ianya tidak sampai ke KEM GUBIR dan dipercayai hilang dan kemudiannya kami dapat tahu ia telah jatuh terhempas dan kesemua anak kapal dan penumpang terkorban dan sukar dibuat pengecaman kerana ketiadaan Dog Tag.

            Kejadian ini amat menyedihkan kami semua kerana seperti yang saya katakan tadi, tiada sebarang tanda dilihat semasa kejadian tembakan yang menunjukkan Nuri hilang kawalan atau pun terkena tembakan.  Kejadian ini juga menyebabkan satu-satunya perhubungan kami dengan dunia luar terputus kerana tiada lagi Nuri dapat mendarat kerana bahaya terdedah kepada ancaman yang serupa. Kami jua terputus bekalan dan terpaksa bergantung hidup dengan apa jua bekalan yang tinggal dalam simpanan manakala bagi kami Sappers bermakna kami terpaksa menggunakan PE yang ada sahaja. Seperkara lagi yang amat kami takuti ialah jika berlaku keperluan casevac dan medivac.
            
Ops GUBIR 2 – THE EXTRACTION of SAPPERS

            Selepas kejadian Nuri ditembak PGK, kami Sappers pun memulakan kerja-kerja pemusnahan terowong kedua dengan 500 kg PE. Pemusnahan tertumpu kepada objektif utama untuk menghalang PGK menggunakan terowong untuk mengancam keselamatan kami.....justeru saya membuat keputusan untuk meletupkan ruang masuk/keluar terowong tersebut dengan merobohkannya. Kerja pemusnahan telah berjaya dilakukan dengan 500 kg PE. Selesai kerja pemusnahan saya dan Sappers yang lain tidak langsung menjejakkan kaki kami ke tapak Kem PGK lagi. Kejadian di Kem itu menghantui kami semua dan buat saya secara peribadinya sehingga sekarang.

            Setelah terowong dimusnahkan, tugasan kami di bukit tersebut telah mencapai penghujung matlamatnya. Tiada lagi operasi search and destroy, dan tiada operasi pursuit.......yang tinggal cuma untuk menarik kami keluar dari bukit ke Kem Gubir. Setelah dua-tiga (anggaran) hari hidup tanpa bekalan dan minum hanya air hujan, kami terpaksa mencari kawasan yang selamat untuk Nuri membuat extraction, Pak Sudir membuat keputusan untuk mencari kawasan yang Nuri tidak terdedah kepada popped-shot dengan cara mencari kawasan yang tidak mempunyai canopy tebal atau kawasan terbuka supaya PGK tidak boleh berselindung.  Amatan pada peta menunjukkan memang terdapat kawasan sedemikian.....cuma we have to go in deeper into “alien territory”. Keputusan dibuat untuk bergerak seawal pagi yang boleh dan telah diputuskan elemen Sappers akan berada ditengah-tengah formasi bersama Markas Skn, jika berlaku sebarang serangan atau ancaman dari PGK kami hanya perlu mengambil posisi perlindungan dan semua tindakan Immediate Action  Drill akan dilaksanakan oleh Komando. Saya faham dan akur dengan arahan tersebut kerana pergerakan yang tidak terkordinasi dari kami bukan hanya akan membahayakan diri kami malah Komando sendiri.

            Keesokkan harinya kami memulakan pergerakkan menuju kearah utara secara umum untuk mencari kawasan selamat untuk Nuri. Pergerakan amat perlahan dan penuh berhati-hati. Sepanjang perjalanan semuanya senyap dan sepi dengan hanya menggunakan bahasa isyarat. Perjalanan kami amat sukar dengan menuruni dan mendaki bukit dan sekali sekala kami menyusuri permatang. Alhamdullillah saya masih muda dan tahap jasmani saya ketika itu amat mantap berbanding sekarang. Namun bagi Sappers yang lain terutamanya Kpl Choo “bricklayer” telah menghadapi kekejangan dan peralatan beliau terpaksa dipikul oleh rakan, begitu juga Kassim “Pronto”.....walau pun tidak menghadapi kekejangan tapi berat radio set dan “anak gajah” yang dipikulnya amat menyeksakan dan terpaksa diagihkan kepada Sappers yang lain.

            Sampai ke satu permatang dan semasa kami menyusurinya.....kami terdengar deruman kereta yang tiba-tiba berhenti. Seketika kemudian kedengaran bunyi plonng.....plonng.....plonng diikuti dengan tiga letupan yang jatuh tak jauh dari kami, seperti yang diarahkan kami mengambil perlindungan di celah-celah batang dan akar pokok. Saya kenal bunyi itu walaupun bukan pegawai infanteri sebab saya berkesempatan sebelum ini untuk menembak M79. Namun Pak Sudir tidak melaksanakan sebarang IA Drill sekadar menunggu sehingga bunyi deruman kereta tersebut beredar meninggalkan lokasi kami. Tidak dapat kami pastikan siapakah yang menembak menggunakan grenade launcher kearah kami. Mujurlah tiada kecederaan kerana sasarannya tersasar atau sekadar tembakan rambang.

            Setelah semuanya selamat kami memulakan pergerakan semula. Akhirnya kami sampai dipinggir hutan besempadankan kawasan yang diterokai. Disebabkan kami menyusur permatang maka kami berada dipuncak sebuah bukit yang mana permatangnya mula menurun. Kami berhenti dalam hutan agar kami dilindungi dari pemerhatian....saya berkesempatan maju kehadapan bersama Pak Sudir untuk melihat kawasan sekeliling dengan Lt Aziz dan Lt Azizan. Dihadapan kami; terdapat kawasan yang diterokai, terdapat sebuah bukit dikanan dan sebuah lagi dihadapan memanjang kearah bukit kami. Di tengah-tengah adalah lembah antara tiga bukit dan ditengah-tengah lembah terbina sebuah dangau, seingat saya ada anak sungai kecil mengalir tepi dangau. Sekali pandang kawasan terokaan ini baru ditanam dengan anak pokok getah. Dari atas jelas ternampak sebuah motosikal diparkir berdekatan dangau dan apabila diperhatikan dengan  betul terdapat pergerakan dan kelibat orang di dalam dangau.

Pak Sudir membuat andaian kami berada disebuah kampung di negara jiran. Untuk pengesahan lokasi dengan lebih tepat maka satu tim Komando dihantar ke bawah untuk mendapatkan kepastian dari penghuni dangau manakala yang lain mengambil kedudukan all-round defence diatas bukit. Seingat saya (mungkin saya silap), saya pun turut turun ke bawah bersama sebab dalam perjalanan balik mendaki bukit tu kami nampak dicelah-celah anak getah ianya ditanam dengan pokok ganja (saya teringat ada merentap pokok ganja tersebut). Setelah mendapat kepastian lokasi dan kordinit, Pak Sudir telah menghubungi Kem Gubir untuk menghantar Nuri bagi tujuan extraction, kami telah dimaklumkan dua buah Nuri diiringi gunship akan dihantar dan keputusannya Sappers akan dikeluarkan dahulu diikuti dengan Komando. Maka menunggulah kami di puncak bukit tersebut dalam kedudukan all-round defence, seperti kebiasaannya kami Sappers berada ditengah-tengah dan saya lihat Kpl Choo”bricklayer” terbaring kekejangan dengan tangannya menggeletar mungkin disebabkan dehydration manakala yang lain agak ceria walaupun keletihan. Alhamdullillah, tiada kerja-kerja persiapan tapak mendarat perlu dilakukan oleh kami kerana puncak bukit itu agak rata dan hanya dipenuhi anak getah yang baru ditanam namun ianya hanya sesuai untuk sebuah Nuri mendarat sahaja.

Penantian Nuri kali ini terasa agak lama juga, mungkin juga kami telah masuk terlalu jauh kedalam alien territory, namun apabila kedengaran bunyi kipas Nuri sayup-sayup  kami pun terus mengambil kedudukan bersedia untuk menaiki Nuri manakala Komando sibuk menghalakan senjata kearah bukit-bukit yang terdapat disekeliling kami. Pada mulanya kelihatan Nuri berlegar-legar tinggi di udara apabila ia sampai ke kawasan bukit dimana kami berada. Apabila Nuri pertama mula menurun dan mengambil laluan masuk ke tapak pendaratan berhampiran dengan bukit yang menghadap ke bukit kami, beberapa das tembakan small arms telah kedengaran ditujukan kepadanya dari bukit tersebut. Pak Sudir yang juga perasan tentang insiden itu memandang kepada saya yang sedang bersedia untuk naik sambil berpesan........bagi tahu Pilot jangan gunakan laluan tepi bukit tu sebagai approach dan exit ada PGK tembak, saya hanya memberikan isyarat tangan tanda bagus pada beliau.  Apabila Nuri mendarat, saya memberi arahan untuk Sappers mula naik manakala saya mencari AQ yang turun melihat kawasan pendaratan, dalam suasana yang hingar pingar saya hanya dapat menunjukan kawasan bukit dan menggelengkan kepala sambil membuat isyarat orang menembak kepada AQ dan beliau angguk tanda faham. Setelah semua naik maka kami pun berangkat dengan melalui kawasan jauh dari kawasan PGK.Semasa dalam perjalanan saya telah dimaklumkan bahawa kami akan diturunkan di tapak Bateri/Trup Meriam (saya lupa Marker nya) bukan di Kem Gubir bagi memendekan sortie flying time untuk Nuri membuat extraction rakan-rakan Komando lain. Sesampai ke lokasi yang ditujui, Nuri hanya hover disekitar 5-7 kaki dari bumi dan kami pun terjun keluar. Di lokasi Bateri/Trup Meriam itu kami Sappers  berR&R selama 2-3 hari sebelum dibawa keluar ke Kem Gubir dan disambut oleh Pegawai Pemerintah Kapt Akhbar Khan dengan bacaan doa selamat. Hanya apabila saya sampai di Kem Gubir baru saya mendapat cerita bahawa tidak semua Komando yang bersama kami dapat keluar pada hari itu......ada yang tertinggal dan dikepong PGK dan terpaksa lari masuk semula ke “kawasan” kita.

Pembaca...Apabila menerima cerita "The Great Escape" warga komando 'yang tertinggal dan dikepong PGK', saya akan menyiarkan nanti, InsyaAllah. 

Kepada Lt Muda Xxxx...terima kasih.  

Saturday, April 24, 2010

Abang Mat Dalam Kenangan

24 April 2010...Saya mengambil bahagian dalam 'Monthly Medal' di Kelab Kedah DiRaja. Flite saya ialah Dato' Jamil, Arif  dan Siva. Pertandingan secara 'shot gun start' dan flite kami bermula di lubang # 4 - Par 3.

Semasa menarik troli ke tee-box # 4, pada jam 0741, adik saya dari Ipoh, Dr Wahinuddin, menalifon memberitahu saya yang 'Abang Mat telah kembali ke Rahmatullah'...Terhenti saya buat seketika. 'Innalillah Wainnailaihi Warajiun'. Arwah akan 'disimpan' selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara.  Olehkerana kesuntukan masa, saya memberitahu beliau saya tidak dapat menziarah jenazahnya. Saya seterusnya menghubungi adik-adik saya, Ahmad Kamaruddin (Mek) dan Cik Su, di Kuala Lumpur untuk mendapat butir-butir selanjutnya. Golf pula...hilang fokus!

Abang Mat adalah sepupu saya...arwah bapa beliau, Zubairi Bin Khairuddin, adalah abang kepada arwah bapa saya, Sulaiman Bin Khairuddin.

Abang Mat, nama sebenarnya AHMAD KHIR BIN ZUBAIRI, 63 tahun, telah menghempus nafas terakhir pada jam 0600.  Arwah terjatuh di bilik air untuk mandi sebelum pergi ke masjid  berhampiran dengan rumahnya di Damansara Utama untuk solat subuh. Beliau telah pergi sebelum ketibaan ambulan. Kemungkinan besar disebabkan serangan jantung. Arwah mempunyai sejarah penyakit tersebut. Menurut arwah, beliau pernah diserang penyakit jantung semasa bermain golf di suatu ketika dulu. Tetapi sehingga akhir hayat, arwah tidak pernah membuat pembedahan jantung. 

Abang Mat seorang 'single handicapper'.  Semasa saya masih tinggal di Cheras Perdana, Bt 10 Jalan Kajang, di suatu ketika dulu, arwah, kawan beliau dan saya pernah ke Kelab Golf Perak DiRaja (KGPD), Ipoh untuk bermain golf. Beliau ahli golf kelab tersebut. Saya parkir kereta di 'R&R' Sg Buluh dan kami bertiga menaiki kereta kawan beliau. Itulah kali pertama saya bermain di KGPD. Mula kami main 18 lubang di sebelah pagi. Selepas makan tengah hari, arwah mencadangkan 18 lubang lagi. 36 lubang menarik troli tanpa kedi!! Selepas makan di Kelab, kami berangkat pulang ke KL. Dan itulah juga buat kali pertama saya bermain 36 lubang menarik troli. Malah sehingga kini, saya masih tidak memecah rekod tersebut. 36 lubang...arwah masih 'steady'...saya...tercungap-cungap untuk menghabiskan permainan!!

Adik saya, Thalasiah (Intan) sudah pasti akan terasa pemergian arwah. Pada hari Khamis 22 April 2010, beliau telah menjemput arwah dan Kak Wah,  isteri arwah yang juga sepupu saya, untuk bermalam di rumahnya di Batang Kali. Semasa saya menalifonnya, Intan memberitahu yang Abang Mat dan Kak Wah ada di rumahnya. Sabtu...Abang Mat sudah tiada! 

Saya telah menghantar sms kepada Kak Wah, untuk mengucapkan takziah kepada beliau sekeluarga.

Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh beliau...Al-Fatihah.

Tragedi 26 April 1976...Penglibatan Jurutera (1)

Pembaca...Saya telah siarkan pengalaman juruterbang Nuri, 'Tebuan' dan warga komando berkaitan dengan tragedi yang menyayat hati ini. Pada 23 April 2010, saya menerima e-mel dari Lt Kol Basri Omar (B) dengan lampiran berikut (tanpa edit). Ia mengisahkan pengalaman seorang pegawai Jurutera yang terlibat dalam operasi memusnahkan jerangkap samar di LP. Ketika  beliau 'marshal' Nuri tersebut, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri yang akhirnya menjadi satu sejarah hitam untuk negara, amnya, TUDM, khususnya.


GUBIR 2 – PENGLIBATAN JURUTERA

Saya tidak pernah bercerita tentang insiden ini kepada mana-mana insan kerana setiap kali mengingatinya saya pasti akan mengalirkan air mata. Ia adalah satu-satunya pengalaman “perang” yang mendewasakan dan mematangkan saya.  Terima kasih Lt Kol Basri Omar PGB yang telah memberi galakan kepada saya untuk mencoretkan kisah ini di samping itu saya tujukan kisah ini untuk semua yang terlibat dari 3 Skuadron Jurutera DiRaja.

a.    Lt M Basri bin Omar (tercedera)
b.    301286 Kpl Choo Chin Eng
c.    301945 Kpl Kassim bin Hj Jaafar
d.    302110 LKpl Ahmad bin Isa
e.    302657 LKpl Adullah bin Abd Majid (terbunuh)
f.      302382 LKpl Salleh bin Ismail
g.    302719 Spr Md Yusof bin Hamid
h.    302857 Spr Mohammad bin Othman
i.      303241 Spr Lokman bin Daud
j.      303230 Spr Md Khairi bin Attan
k.    303508 Spr Abd Aziz bin Ahmad
l.      303511 Spr Abidin bin Abdullah
m.   303038 Spr Ishak bin Man
n.    303024 Spr Alias bin Saidin
o.    303504 Spr Mohd Lazim bin Nor
p.    303142 Spr Najib bin Omar
q.    303177 Spr Sahadan bin Abd Rahman
r.     303182 Spr Kamarulzaman bin Taib
s.    303539 Spr Misnan bin Sukar (tercedera)

Ops GUBIR 2 – THE INSERTION of SAPPERS

Salam kepada semua, apa yang saya masih ingat (correct me if I’m inaccurate with regards to dates and timings).................setelah Komando (tak salah saya Y Skn yg yang diketuai oleh Pak Sudir (Kapten Sudirman Hj Ahmad) sebagai assaulting troops manakala Kapt (Mejar?) Moid dengan X Skn sebagai cut-off selesai melaksanakan operasi Attack on CT Camp dengan kaedah repelling dan tiada lagi serious live threat, saya bersama anggota Sappers yang lain dari 3 Skuadron Jurutera telah dimasukkan ke kem tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan jerangkap samar. Disebabkan jangkaan kerja-kerja pembersihan hanya akan memakan masa yang pendek kami travel very light, hanya senjata, pouces dan peralatan asas untuk membersih jerangkap samar dan sebilangan kecil plastic explosives (PE) untuk pembinaan Landing Point (LP) dibawa; lagi pun kami semua akan di winched-down dengan Nuri sebab belum ada satu pun LP dibina. Setelah hampir 2 minggu bersiap sedia di Kem Gubir dan melihat Kem Gubir penuh dengan aktiviti-aktiviti seolah-olah macam cerita peperangan The Green Beret di Vietnam lakonan John Wayne, maka finally it is Sapper’s time teriak hati kecil saya sebagai Ketua Booby Trap Clearance Team(BCT). Sebelum ini tugasan kami hanya sekadar membuat kerja senggaraan kem, kerja membaiki jambatan di Mong Gajah dan meletupkan peluru V150 yang tak meletup (UXB). Kami semua cukup bersemangat walau pun sebelum ini kami lihat ada Nuri berulang-alik yang telah terkena tembakan Pengganas Komunis (PGK) dan kebocoran AVTUR.

Maka bergeraklah kami dengan pesawat Nuri dari Kem Gubir disekitar lewat pagi, setelah berada di udara sekitar 45-60 minit dan apabila sampai ke kawasan ruang udara Kem PGK tersebut Air Quartermaster (AQ) mengarahkan saya untuk strap-on dan sedia untuk di winched-down secara tiga sekumpulan bagi mempercepatkan insertion dan mengurangkan masa hovering Nuri demi keselamatan pesawat. Kawasan winching yang dipilih oleh crew Nuri adalah di slope permatang utara Kem PGK dimana terdapat kawasan clearance yang saya assessed kan sebagai bekas terkena letupan kerana ianya berbentuk bulatan, mungkin kesan pengeboman sebelum serangan dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) namun saya lihat ianya tidak bercrater cuma bare dan ada kesan-kesan terbakar jadi andaian/teori bahawa canopy hutan yang tebal menghalang keberkesanan bom dari udara mungkin ada kebenarannya.

Setelah melompat keluar dari Nuri (bertiga-tiga) dan tergantung AQ memberikan isyarat untuk memulakan penurunan kami dan butang winch pun ditekan, rasa saya ketinggian adalah disekitar 50-60 kaki. Apabila sampai diketinggian sekitar 30-40 kaki ketika sedang kami bergayut dan sibuk membetulkan keadaan kami yang berputar-putar disebabkan kuasa libasan angin dari main rotor Nuri saya ternampak seorang anggota Komando bergegas menonjolkan diri beliau dari celah-celah pokok kepada kami sambil mengibarkan bendera merah tanda amaran bahaya di bawah, saya mengandaikan semasa itu kawasan yang dipilih berjerangkap samar.....dengan segera saya mendongak ke atas dan melihat kearah AQ, mujurlah beliau juga sedang memerhatikan kami lantas saya memberi isyarat tangan untuk abort proses winching di tapak tersebut.......maka butang winch pun ditekan oleh AQ dan kami tergantung di udara diketinggian 30-40 kaki buat seketika. Pilot membuat keputusan untuk hover ke kiri apabila saya menunjukkan kearah kawasan yang dipenuhi dengan perdu pokok buluh kerana melalui pengalaman dan pembelajaran, PGK tidak menanam jerangkap samar dikawasan seperti itu. Memang sukar tapi selamat maka bergelutlah kami dicelah-celah perdu buluh sehingga kaki menjejak bumi, dalam keadaan sebegini miang buluh dan calar-calar badan bukan lagi menjadi halangan.......kami amat berterima kasih kepada Komando tersebut namun saya amat dukacita tidak dapat mengingati nama beliau maupun mengucapkan terima kasih semasa itu atas tindakan pantas beliau yang telah menyelamatkan kami dari bencana jerangkap samar PGK.


Ops GUBIR 2 – THE SAPPERS has LANDED

Setelah semua selamat diturunkan dekat perdu buluh, saya mengambil tindakan untuk regrouped, apabila semua anggota dan peralatan di accounted for kami bergerak ke atas puncak permatang di hujung kawasan Kem PGK dan saya bergegas menuju kearah Pak Sudir untuk melapor dan memperkenalkan diri dengan berkata saya Lt M xxxx, Ketua BCT 3 Jurutera siap untuk tugasan Tuan.....dan untuk mendapatkan arahan dan maklumat tugasan selanjutnya. Bersama Pak Sudir saya bertemu rakan-rakan lain ia itu Lt AZIZ bin ABD RASHID, Lt AZIZAN bin MD ZAIN dan Kala Sjn TAIB dan saya lihat tapak tangan kiri Lt AZIZAN berbalut dengan field dressing dan apabila saya sapa beliau menunjukkan blisters yg dialami beliau kesan dari haba tali semasa repelling namun beliau masih bersemangat kerana masih boleh memegang stock M16 dengan mantap. Setelah berbincang, dua tugasan utama dikenalpasti.........membina LP untuk Nuri mendarat bagi maksud medivac, casevac dan logistic terutamanya rations yang sememangnya tidak dibawa semasa serangan as everybody travel light, dan yang keduanya membersihkan jerangkap samar di kawasan Kem PGK.

Selesai perbincangan saya membuat “O” group dan membuat keputusan untuk memecah kumpulan saya kepada dua tim bagi menangani setiap tugasan. Setelah melihat kawasan sedia ada sebagai tempat yang paling sesuai untuk membina LP saya mengarahkan tim pembinaan untuk menjatuhkan beberapa batang pokok dengan PE  dan menggunakan  batangnya untuk memperkukuhkan tapak LP untuk menggelakkan tanah runtuh. Saya juga mengarahkan supaya laluan approach ke LP yang paling sesuai adalah melalui kawasan antara dua bukit diutara kem musuh agar laluan pesawat tidak melintasi di atas kem musuh demi keselamatan takut terdapat saki-baki PGK yang bersembunyi. Saya juga memohon bantuan anggota Komando untuk membantu kami bagi menyegerakan kerja-kerja pembinaan tersebut.

Apabila kerja-kerja pembinaan dimulakan saya membawa Tim Jerangkap Samar dengan diiringi oleh Komando ke Kem PGK, setelah menuruni permatang dan melalui sentry post PGK yang ditinggalkan kami sampai ke kem tersebut, dari jauh saya lihat terdapat beberapa pondok makeshift yang terbina disekeliling permatang namun jumlahnya tak banyak kalau tak salah saya dalam 4-5 buah sahaja, ditengah-tengah permatang terdapat sebuah gelanggang rasa-rasanya sesuai untuk sukan bola keranjang ataupun bola tampar lengkap dengan garisan yang diperbuat dari kayu yang di tanam dalam tanah, wujudnya kemudahan sebegini membuktikan bahawa mereka memang berada dalam comfort-zone mereka tanpa ancaman dari pasukan keselamatan. Kami berhenti diluar perimeter kem untuk memudahkan saya dan anggota membuat penilaian, dari tempat kami berhenti yang saya kira agak tinggi juga saya dengan jelas nampak detonators dan bateri bertaburan di atas gelanggang. Saya pasti banyak jerangkap samar menunggu kami dan yang nampak detonators tu adalah sebahagian dari jerangkap samar yang tidak sempat di armed kan dek terkejut dengan serangan berani mati Komando.

Selesai melaksanakan mental appreciation saya membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di gelanggang dulu sebab kami memerlukan tanah lapang untuk meletakkan peralatan dan tempat berkumpul bila penat bekerja. Dengan menggunakan mine detector dan mark 2 eyeball serta prodder kami bergerak dari perimeter menuju ke dalam kem hingga sampai ketengah gelanggang. Memang betul jangkaan saya atas gelanggang tu berterabur dengan jerangkap samar yang belum lengkap dipasang dengan detonator dan bateri, ada sebahagiannya dah disediakan lubang-lubangnya, dan ada pula sebahagiannya yang telah siap ditanam cuma belum sempat disambungkan dengan bateri dan ada juga yang “hidup” menunggu kami. Disebabkan faktor keselamatan dan kesuntukan masa maka teknik pembersihan yang diamalkan pada masa itu adalah dengan menanda lokasi jerangkap samar “hidup” yang ditemui dan kemudiannya dibuat pemusnahan menggunakan pulling-hook supaya ianya meletup sendiri dan kami tidak sekali-kali mencuba untuk mematikannya kerana kaedah sedemikian memerlukan masa sedangkan kami dimaklumkan terdapat terowong ‘ala Vietcong’ yang perlu dibersihkan segera agar pihak PGK tidak dapat bersembunyi dalam terowong itu untuk melancarkan counter-attack dan untuk Komando menlancarkan operasi search and destroy sekiranya terowong itu adalah escape route PGK. Semasa membersih gelanggang saya buat pertama kali telah ternampak sebuah kawasan tak jauh dari tempat kami berkumpul satu kawasan depression yang saya syak sebagai pintu masuk ke terowong tersebut.

Setelah selesai membersih kawasan gelanggang, tumpuan kami mula menuju kearah kawasan-kawasan yang terdapat binaan makeshift manakala kerja-kerja pembinaan LP masih diteruskan dengan matlamat untuk siap pada hari yang sama juga. Apabila selesai operasi membersih laluan selamat di atas kem barulah dapat dibuat gambaran yang lengkap mengenai kem tersebut.....ada pondok makeshift untuk wanita dimana terjumpa bra dan panties, pondok memasak, pondok macam ruang bilik darjah dan lain-lain lagi. Hasil amatan saya juga tidak terdapat sebarang kesan letupan bom dari udara mahu pun kesan tembakan meriam di atas kem tersebut....no direct impact at all. Di samping itu satu lagi laluan masuk ke terowong bawah tanah telah dijumpai namun saya membuat keputusan untuk tidak memulakan kerja-kerja pembersihan selagi kawasan atas kem belum selamat. Setelah mengarahkan salah seorang anggota saya untuk melukis gambar rajah kem tersebut, saya bergegas ke kumpulan membina LP dan meninjau kemajuan pembinaan, alhamdullillah ianya telah hampir siap dan ini bermakna Nuri akan boleh mula mendarat atau setidak-tidaknya hover untuk menurunkan makanan untuk malam tu. Seperkara yang saya masih ingat....semasa kami membersih jerangkap samar di Kem PGK sesekali terdapat kejadian letupan jerangkap samar di kawasan sekeliling kem dimana berlaku kecederaan kepada Komando.


Ops GUBIR 2 – THE SAPPERS’ Reinforcement

Selepas 2-3 hari kami menjalankan tugas di Kem PGK dan memandangkan terdapat jumlah jerangkap samar dan tugasan yang masih banyak berbanding jumlah SAPPERS yang ada, Pegawai Pemerintah saya Kapt Akbar Khan bin Mahabat Khan dan Pemerintah Rejimen Askar Jurutera 2 Divisyen Lt Kol Dickey Mei York Chee telah membuat keputusan untuk menambah kekuatan kami dengan menghantar reinforcement anggota yang diketuai oleh Lt Basri Omar dari No 1 Terup manakala saya dari No 2 Terup, kami berdua dari pasukan 3 Skn Jurutera berpangkalan di Taiping. Beliau sebagai pegawai yang lebih kanan dan berpengalaman berbanding saya yang baru tamat menghadiri kursus Pegawai Muda di Sekolah Jurutera  akan menjadi Ketua Operasi Jurutera di Kem PGK seterusnya. Ketibaan beliau dan anggota tambahan amat dinantikan oleh saya dan rakan-rakan lain yang telah mula kepenatan dari segi mental kerana kerja-kerja pembersihan jerangkap samar memerlukan konsentrasi yang maksimum dan tidak berbelah bagi, sedikit kecuaian akan membawa padah. Tambahan pula terdapat terowong yang masih perlu dibersihkan dengan segera bagi menjejaki PGK dan hanya laluan selamat yang dibersihkan, ini bermakna pergerakan kami amat terbatas sekali kepada laluan yang bertanda dengan white-tape sahaja. Sebarang lencongan dari laluan selamat bermakna padah yang menanti.

Maka, pada 23 April 1976, Lt Basri dan lain-lain anggota telah diturunkan dengan Nuri ke LP Kem PGK yang telah siap dibina oleh kami. Ketibaan Lt Basri telah disambut oleh saya dan setelah semua peralatan dikumpulkan termasuk tambahan PE yang saya mohon dibawa bersama sebagai persiapan untuk kerja pembersihan terowong, kami mula berbincang tentang kaedah dan operasi selanjutnya. Taklimat kemajuan dan status operasi telah saya sampaikan mengenai kedudukan Kem PGK dan dimana terdapatnya 2 pintu masuk ke terowong. Beliau seterusnya telah saya bawa meninjau secara fizikal tapak Kem PGK.

Ops GUBIR 2 – TUNNEL CLEARANCE: the beginning

            Kerana hari telah lewat petang,  kami membuat keputusan untuk memulakan kerja membersih terowong pada keesokan harinya dan masa yang sama kerja-kerja pembersihan di atas kem akan diteruskan. Keesokannya pada 24 April 1976 setelah selesai Stand To dan sarapan pagi, satu BCT yang diketuai oleh saya akan memasuki terowong melalui pintu selatan dahulu dan 2 BCT bekerja diatas manakala baki anggota dipertugaskan untuk memperkukuhkan LP. Keputusan dibuat kerana kekurangan peralatan untuk bekerja dalam terowong terutamanya lampu suluh. Kami hanya akan melaksanakan kerja pembersihan bercahayakan 5-6 lampu suluh kerana ketiadaan sumber pencahayaan yang kekal. Inilah cabaran yang amat besar bagi Tim saya, kami terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mine-detector dan penggunaan mark 2 eyeball yang amat terbatas malah kerja2 prodding menjadi bertambah bahaya tanpa pencahayaan lengkap. Setelah menetapkan siapa operator mine-detector saya membuat keputusan untuk menjadi “prodder” ia itu orang kedua di belakang operator, masa yang sama 4-5 Komando menjadi pengiring keselamatan, menjadikan jumlah rombongan kami dalam 8-9 orang kesemuanya.

            Sampai ke ruang masuk terowong saya lihat ada 6-7 mata anak tangga yang dibina secara split level ke kiri, cahaya matahari yang menembusi canopy tebal kem masih mampu menerangi ruang masuk tersebut dan saya dapat lihat betapa besar terowong tersebut tanpa perlu menuruni anak tangga. Ianya sebesar purata pintu satu daun yang berukuran tinggi 8 kaki dan berkelebaran 3 kaki tidak seperti cu ci tunnel di Vietnam, namun begitu bumbungnya berbentuk separuh bulat bukan rata bagi mengurangkan risiko tanah runtuh dan mengimbangi agihan downforce. Alhamdullillah kami tidak perlu membongkok semasa bekerja, setidak-tidaknya ia nya mengurangkan physical stress kepada anggota saya dan mengizinkan maximum freedom of movement. Apabila sampai di dalam, sebagai seorang Jurutera saya kagum dengan keteguhan pembinaannya, tiada sebarang sokongan diperlukan dan sudah pasti pembinaannya mengambil masa yang lama serta tenaga kerja yang ramai atau mungkin juga ada bantuan jentera digunakan. Bagaimana selama ini kem ini tidak dikesan?

Lampu suluh pun dinyalakan dan dalam cahaya yang terbatas saya dapat lihat hanya satu arah yang perlu kami tujui.....kedepan. Sambil mengingati ahli rombongan supaya berjalan menjejaki tapak kaki orang di hadapan dan jangan sekali-kali melencong, kami pun memulakan pembersihan. Setelah inching our away sejauh 15-20 kaki kami memasuki ruang bersegi empat seperti sebuah ruang pejabat sebesar 10 x 12 kaki. Terdapat sebuah meja dan bangku buatan tangan dan kertas bertaburan dan saya yakin ini adalah ruang pejabat atau Markas PGK. Di dinding terdapat sehelai bendera merah dengan bintang lambang Komunis dilekatkan tanpa bingkai. Dari ruang tersebut terdapat laluan kekanan dan kami meneruskan kerja pembersihan sehingga menjumpai satu ruang yang lebih besar. Di dalamnya terdapat beberapa bangku dan sebuah generator kecil yang saya anggarkan berkeupayaan tidak lebih dari 2.5 kva. Setelah selesai disitu dan berpuas hati tiada lagi laluan kemana-mana serta selamat dari ancaman jerangkap samar saya membuat keputusan untuk mengeluarkan tim dari terowong dan membenarkan Komando membuat penggeledahan seterusnya. Pembersihan terowong pertama telah menaikkan semangat anggota saya kerana tiada jerangkap samar ditemui dan kami semuanya terselamat dalam operasi pembersihan yang serba kekurangan dan berisiko tinggi.

            Berhenti rehat dan menghisap rokok (a bad habit that I had picked up in AFATS and that I can’t get rid-off till today, except nowdays I’m more of a pipe smoker) Lucky Strike tanpa filter sambil duduk beralaskan helmet NATO serta prodder terpacak dibumi disisi sambil menikmati udara nyaman belantara membuatkan saya lupa yang saya sebenarnya berada di Kem PGK buat seketika sehingga saya disapa oleh Lt Basri. Ok Tuan dah selesai terowong ni...........no way through, jawapan saya. Sambil berbual saya mengeluarkan bendera Komunis yang saya ambil dari dinding dari poket sisi seluar loreng dan menunjukkan kepada beliau sambil berkata......untuk kenangan Tuan, beliau tersenyum sambil berkata.....jangan bagi OC nampak.

            Selesai berehat saya lihat waktu sudah jam 1 tengah hari, hampir 4 jam telah diambil untuk kami membersihkan terowong tersebut dan perut pun telah mula berbunyi tambahan pula sarapan pagi hanya makan biskut dan jem nenas jer pagi tadi maka saya membuat keputusan untuk berhenti makan tengah hari. Seingat saya sepanjang masa di Kem PGK makanan kami dihantar oleh Nuri secara ready-cooked dari Kem Gubir. Selesai makan tengah hari, langit menjadi mendung nak hujan. Saya mencari Lt Basri yang sedang sibuk menyelia kerja-kerja pembersihan atas kem untuk mendapatkan persetujuan supaya operasi pembersihan terowong kedua dibuat pagi esok. Setelah berbincang beliau bersetuju untuk tim saya berehat pada petang itu kerana kemungkinan hujan akan berlaku dan ini akan membahayakan kami dalam terowong.

Alhamdullillah memang hujan petang itu, dan seperti biasa disebabkan kami berada diatas bukit yang tinggi dan tiada punca air dan water party pula akan terdedah kepada serang hendap,  maka air hujan menjadi sumber minum dan juga untuk....bukan mandi sekadar membersihkan badan. Untuk ini ponco akan direntang sebagai kolam tadahan dan kolam mendapan sekali gus. Semua anggota saya, antara yang saya masih ingat Kpl Choo “Bricklayer”, Misnan “jawa”, Mad “Chabai”, Alias “senama”, Kpl Kasim “Pronto”, Lokman “kelate”, Yusuf dan yang lain cukup bersemangat pada petang itu.
            .
Ops GUBIR 2 – TUNNEL CLEARANCE: one down one more to go

Selesai stand to pagi 25 April 1976 dan dengan tidor dan rehat yang cukup seperti malam-malam sebelumnya kami bersarapan dengan biskut kering lagi. Apa pun kami Sappers amat bernasib baik kerana sejak insertion lagi kami mendapat tidor yang aman.....mana tak aman kami di kelilingi oleh Komando2 walau pun tidor kami bertilamkan bumi, berselimutkan ponco dan beratapkan langit semata-mata. Saya masih ingat cerita-cerita dimana pasukan keselamatan pernah terjumpa leaflet propaganda PGK berbunyi dua harimau kami tak takut, satu harimau kami segan......jadi kehadiran Pak Sudir dan anak-anak buahnya yang bercapbadgekan   kepala satu harimau dan pisau itu membuatkan kami seperti anak-anak kecil yang tidur dalam dakapan ayahanda dan bonda tersayang.

            Apabila matahari makin cerah dan cahayanya dapat menembusi celah-celah canopy Kem PGK sekitar jam 9 pagi, kami Sappers  pun mula mengorak langkah ke Kem PGK untuk memulakan tugas dengan diketuai oleh Lt Basri, arahan beliau adalah untuk mengekalkan tim-tim semalam dengan tugasan sambungan, beliau akan berada diatas dan saya akan membersih terowong kedua. Beliau sempat memesan kepada saya dan ahli-ahli tim supaya berhati-hati....terima kasih jawapan dari saya.

Sampai di ruang masuk ke terowong, saya memberi arahan supaya Sapper Mad menjadi operator mine detector dan saya sekali lagi sebagai prodder, tiga lagi Sapper dibelakang saya diikuti dengan 3-4 Komando sebagai pengiring. Baru sahaja menuruni anak tangga kelima Sapper Mad dah memberi isyarat berhenti, detector telah mengesan terdapat bahan logam di anak tangga, berderau darah saya kerana semalam semuanya mudah dan selamat. Menggunakan prodder kami berdua cuba mengenal pasti apakah objek tersebut atau sekadar mineral logam semula jadi dalam tanah yang kadang-kala juga mengganggu sensor detector namun yang ini bunyinya agak kuat dan terasing dari bunyian yang lain. Setelah digali dengan bayonet secara perlahan-lahan maka ternampaklah switch mechanism  dalam tube getah dan apabila diamati ianya jenis pressure operated, cari bateri Mad......kata saya pada Sapper Mad. Disebabkan berbahaya untuk hanya menanda dan meninggalkan di kawasan tangga saya membuat keputusan untuk mematikannya apabila bateri dijumpai. Setelah dimatikan saya mengarahkan Sapper Mad untuk mencari bahan peledak jerangkap samar tersebut dan apabila diikuti wayar dari switch.............Nauzubillah, bahan peledaknya disasarkan diparas kepala pemijak switch. Mujurlah ia di kawasan ruang masuk yang cerah....hati saya mula berdetak......apa lagi yang menunggu kami di dalam?.

Seperti semalam, terowong mempunyai rekaan yang sama dan tangga pun 2 tingkat dengan tingkat kedua menghala kekanan, kami kegelapan hanya bercahayakan lampu suluh. Saya berpesan pada Sapper Mad.......Mad, jangan gopoh, apa jer bunyi kita siasat dan yang lain ikut jejak kami dan jangan sentuh dinding dan awasi jika ada trip wire. Dengan lampu suluh yang diikat dengan blacktape kepada batang detector dan suluhan tambahan dari lampu suluh dalam genggaman saya kami bergerak kedepan dengan penuh hati-hati. Berjalan sambil membuat sweeping dengan menghayun sensor detector dari kiri kekanan dan kanan kekiri sambil mendengar sebarang bunyian  dalam keadaan cahaya terbatas membuatkan Sapper Mad terdedah kepada rintangan lain terutamanya jika terdapat halangan dan perangkap lain yang tidak terdapat di lantai terowong, jadi menjadi tugasan saya sebagai orang kedua untuk menjadi mata tambahan kepada beliau agar beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya, manakala saya pula menyerahkan bahagian lantai kepadanya dan memberi tumpuan kepada keadaan sekeliling, cuma sekali sekala saya akan memerhati ke bawah untuk memastikan saya berada dijejak kaki beliau.

Bergerak 5 langkah dalam terowong, sekali lagi Sapper Mad memberi isyarat berhenti sambil menunjukkan kepada saya ke  arah lantai. Saya menoleh kebelakang dan lihat ekor rombongan saya masih belum habis masuk kedalam terowong lalu memberi isyarat untuk semua di belakang saya berlutut kerana dalam posisi tersebut adalah lebih selamat jika berlaku letupan jerangkap samar sebab ciri-ciri letupannya yang berbentuk upward, mengikut jurulatih saya Kapt Cheah Kim Tar di Sekolah Jurutera dulu, PGK hanya mengunakan bahan peledak buatan sendiri dan tahun 70an belum ada teknologi jumping mine ditemui dipakai oleh PGK. Sementara itu saya dan Sapper Mad mengambil kedudukan meniarap dengan prodder saya serahkan kepadanya dan saya mengeluarkan bayonet untuk prodding dan menggali. Jenis dan teknik yang serupa tadi, pressure switch diletakkan atas bateri tapi dimana  bahan peledak? Setelah dimatikan dengan dicabutkan bateri yang dibalut dengan pelastik hitam dan direndam dalam tar itu, saya menjejaki wayar dari switch dengan bayonet, ianya menuju kearah belakang saya dan apabila ditemui; bahan peledak berada diparas pinggang di dinding kanan dan sasarannya orang ketiga atau keempat dibelakang pemijak switch. Di hadapan, apabila disuluh dengan lampu suluh terowong masih belum nampak penghujungnya, adakah ini laluan escape route PGK? Baru 5 langkah kedalam kami sudah berpeluh dek panas dan cemas.

Namun misi mesti diteruskan, kali ini saya mengingatkan semua supaya mengekalkan jarak antara 10 kaki hingga 15 kaki antara satu sama lain demi keselamatan kecuali saya yang berada betul-betul di belakang Sapper Mad, saya juga mengarahkan seorang anggota Komando untuk maju kehadapan mengambil posisi no 4 supaya boleh memberi tembakan perlindungan kepada saya dan Sapper Mad  kerana kami Sappers tidak membawa senjata semasa membersih jerangkap samar kerana ia akan membataskan pergerakan kami. Sebelum memulakan langkah saya bertanya kepada Sapper Mad sama ada beliau mahu ditukar dengan orang lain, tetapi beliau menjawab bahawa beliau masih boleh menjalankan tugas operator. Setelah bergerak 2-3 langkah kami  berjumpa dengan bateri dan detonators yang ditinggalkan atas lantai terowong, apabila diamati kesemuanya adalah yang belum digunakan lantas saya mengarahkan Sapper Mad mengutipnya dan menghulurkan kebelakang untuk dibawa keluar.

Kami makin maju kedalam terowong disekitar 30-35 kaki dari pintu masuk namun penghujungnya masih belum kelihatan dan belum ada sebarang persimpangan yang ditemui, memang perlahan kemajuan kami namun kami masih gigih meneruskan tugasan. Dalam keadaan gelap bercahayakan lampu suluh dan panas serta stuffy, peluh mula membasahi baju kami tambahan lagi bagi saya dan Sapper Mad yang memakai armoured vest teknologi 70an yang berat dan tidak selesa. Tiada cahaya semula jadi yang saya dapat lihat, cuma bila kita menoleh kebelakang, saya dapat lihat cahaya matahari yang menerjah masuk di pintu terowong. Dalam keadaan samar-samar begitu pintu masuk nampak seolah-olah begitu jauh sekali, nasib baik juga tiada antara kami yang claustrophobia. Disebabkan kedalaman terowong tersebut melebihi 10-15 kaki dalam tanah, maka ianya sepi sekali cuma sekali sekala kedengaran suara saya memberi arahan kepada tim yang memecah kesepian.


Bersambung...