Pembaca...Penekanan sehingga kini diberi kepada anak kapal - aircrew. Kami ini seperti pelakon di layar perak...terbang sini...terbang sana. Maklumlah hero...katakan. Siapa yang membuat kami jadi hero? Siapa yang terpaksa menyelenggara helikopter yang berderet ini semua...?
Jangan lupa mereka yang di belakang tabir...terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan burung-burung Nuri berterbangan apabila diperlukan. Mereka ini ialah anggota 'doktor' pesawat - Ground Crew (GC). GC terbahagi kepada beberapa 'kepakaran'...'Airframe', Enjin, Radio, 'Instruments' dan Eletrikal. Mereka turut dibawa bersama semasa aircrew membuat detachment di Kroh.
Bukan sahaja terpaksa 'merawat' Nuri...
Mengganti 'main rotor blade' Nuri Kapt (U) KL Chong terkena tembakan pengganas komunis
Turut menentukan 'Gunships' berlegar-legar menjaga keselamatan Nuri...
GC dengan Hero-Hero Alouette Gunship
Sepertimana yang diceritakan sebelum ini, selain senjata M16 dan ves fragmentation, kami dieskot oleh sekurang-kurangnya seorang 'Air Rescue Team (ART)' - anggota komando. Mereka ini dianggap sebahagian krew Nuri. Malah, mereka di 'attach' di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Kehadiran mereka memberi sedikit jaminan Nuri akan 'melawan' balik sekiranya ditembak oleh pengganas komunis.
GC, Hero-Hero dan ART (kanan-beret hijau)
Seramai 4 warga komando telah terkorban semasa menjalankan tugas sebagai ART. Dua terkorban bersama Nuri di di Gubir pada 26 April 1976 dan dua di Ops Selamat Sawadee. Kedua-dua anggota ART telah terkorban dalam dua insiden berasingan yang melibatkan Nuri Kapt (U) KL Chong ditembak oleh pengganas komunis.
Mereka yang terkorban ialah...
~ L/Kpl Kamarulzaman (Gubir)
~ L/Kpl Suandi (Gubir)
~ L/Kpl Sabki (Kroh)
~ L/Kpl Ismail (Kroh)
Mereka yang terkorban ialah...
~ L/Kpl Kamarulzaman (Gubir)
~ L/Kpl Suandi (Gubir)
~ L/Kpl Sabki (Kroh)
~ L/Kpl Ismail (Kroh)
Semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas roh mereka...Al-Fatihah.
Satu penghormatan untuk anggota 'Ground Crew' dan 'Air Rescue Team'...Terima kasih.
Mejar Jeneral Dato' Fauzi TUDM (B)...Terima kasih diatas sumbangan gambar-gambar.
Satu penghormatan untuk anggota 'Ground Crew' dan 'Air Rescue Team'...Terima kasih.
Mejar Jeneral Dato' Fauzi TUDM (B)...Terima kasih diatas sumbangan gambar-gambar.
4 ulasan:
Salam Tuan
Selalunya dikatakan kejayaan seseorang lelaki tersebut kerana ada wanita di belakangnya iaitu kaum suami dan isteri.
Di dalam konteks posting ini, saya berbangga kerana Tuan tidak melupakan mereka-mereka yg turut memastikan Nuri dapat berfungsi sebagaimana yg dikehendaki.
As much as I wanna congratulate those frontliners (aircrews), Tahniah dan Syabas juga kepada ground crews.
Keep us update with more stories.
Saudara Kamal,
Mereka juga perlu diberi penghormatan. Tanpa dedikasi mereka melaksanakan tugas, kelancaran operasi sudah pasti akan terjejas. Mereka berkerja tidak kira masa, siang dan malam, bagi menentukan Nuri sentiasa sedia untuk melakukan penerbangan.
Memang saya tabek mereka.
Setiap manusia perlukan satu dakapan ataupun rangsangan penyuntik semangat, terutamanya mereka yang bekerja di balik tabir. Merekalah yang menjadi batu asas sesuatu pelan ataupun perancangan,tetapi seringkali dilupakan.
Saudara cyclopseven,
Betul kata anda. Itu sebabnya saya membuat coretan ini khusus untuk mereka di belakang tabir. Ground crew tak tidur malam bagi menentu pesawat sedia untuk terbang di awal pagi. Saya tebik mereka.
Catat Ulasan