Pengikut

Sabtu, 24 April 2010

Tragedi 26 April 1976...Penglibatan Jurutera (1)

Pembaca...Saya telah siarkan pengalaman juruterbang Nuri, 'Tebuan' dan warga komando berkaitan dengan tragedi yang menyayat hati ini. Pada 23 April 2010, saya menerima e-mel dari Lt Kol Basri Omar (B) dengan lampiran berikut (tanpa edit). Ia mengisahkan pengalaman seorang pegawai Jurutera yang terlibat dalam operasi memusnahkan jerangkap samar di LP. Ketika  beliau 'marshal' Nuri tersebut, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri yang akhirnya menjadi satu sejarah hitam untuk negara, amnya, TUDM, khususnya.


GUBIR 2 – PENGLIBATAN JURUTERA

Saya tidak pernah bercerita tentang insiden ini kepada mana-mana insan kerana setiap kali mengingatinya saya pasti akan mengalirkan air mata. Ia adalah satu-satunya pengalaman “perang” yang mendewasakan dan mematangkan saya.  Terima kasih Lt Kol Basri Omar PGB yang telah memberi galakan kepada saya untuk mencoretkan kisah ini di samping itu saya tujukan kisah ini untuk semua yang terlibat dari 3 Skuadron Jurutera DiRaja.

a.    Lt M Basri bin Omar (tercedera)
b.    301286 Kpl Choo Chin Eng
c.    301945 Kpl Kassim bin Hj Jaafar
d.    302110 LKpl Ahmad bin Isa
e.    302657 LKpl Adullah bin Abd Majid (terbunuh)
f.      302382 LKpl Salleh bin Ismail
g.    302719 Spr Md Yusof bin Hamid
h.    302857 Spr Mohammad bin Othman
i.      303241 Spr Lokman bin Daud
j.      303230 Spr Md Khairi bin Attan
k.    303508 Spr Abd Aziz bin Ahmad
l.      303511 Spr Abidin bin Abdullah
m.   303038 Spr Ishak bin Man
n.    303024 Spr Alias bin Saidin
o.    303504 Spr Mohd Lazim bin Nor
p.    303142 Spr Najib bin Omar
q.    303177 Spr Sahadan bin Abd Rahman
r.     303182 Spr Kamarulzaman bin Taib
s.    303539 Spr Misnan bin Sukar (tercedera)

Ops GUBIR 2 – THE INSERTION of SAPPERS

Salam kepada semua, apa yang saya masih ingat (correct me if I’m inaccurate with regards to dates and timings).................setelah Komando (tak salah saya Y Skn yg yang diketuai oleh Pak Sudir (Kapten Sudirman Hj Ahmad) sebagai assaulting troops manakala Kapt (Mejar?) Moid dengan X Skn sebagai cut-off selesai melaksanakan operasi Attack on CT Camp dengan kaedah repelling dan tiada lagi serious live threat, saya bersama anggota Sappers yang lain dari 3 Skuadron Jurutera telah dimasukkan ke kem tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan jerangkap samar. Disebabkan jangkaan kerja-kerja pembersihan hanya akan memakan masa yang pendek kami travel very light, hanya senjata, pouces dan peralatan asas untuk membersih jerangkap samar dan sebilangan kecil plastic explosives (PE) untuk pembinaan Landing Point (LP) dibawa; lagi pun kami semua akan di winched-down dengan Nuri sebab belum ada satu pun LP dibina. Setelah hampir 2 minggu bersiap sedia di Kem Gubir dan melihat Kem Gubir penuh dengan aktiviti-aktiviti seolah-olah macam cerita peperangan The Green Beret di Vietnam lakonan John Wayne, maka finally it is Sapper’s time teriak hati kecil saya sebagai Ketua Booby Trap Clearance Team(BCT). Sebelum ini tugasan kami hanya sekadar membuat kerja senggaraan kem, kerja membaiki jambatan di Mong Gajah dan meletupkan peluru V150 yang tak meletup (UXB). Kami semua cukup bersemangat walau pun sebelum ini kami lihat ada Nuri berulang-alik yang telah terkena tembakan Pengganas Komunis (PGK) dan kebocoran AVTUR.

Maka bergeraklah kami dengan pesawat Nuri dari Kem Gubir disekitar lewat pagi, setelah berada di udara sekitar 45-60 minit dan apabila sampai ke kawasan ruang udara Kem PGK tersebut Air Quartermaster (AQ) mengarahkan saya untuk strap-on dan sedia untuk di winched-down secara tiga sekumpulan bagi mempercepatkan insertion dan mengurangkan masa hovering Nuri demi keselamatan pesawat. Kawasan winching yang dipilih oleh crew Nuri adalah di slope permatang utara Kem PGK dimana terdapat kawasan clearance yang saya assessed kan sebagai bekas terkena letupan kerana ianya berbentuk bulatan, mungkin kesan pengeboman sebelum serangan dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) namun saya lihat ianya tidak bercrater cuma bare dan ada kesan-kesan terbakar jadi andaian/teori bahawa canopy hutan yang tebal menghalang keberkesanan bom dari udara mungkin ada kebenarannya.

Setelah melompat keluar dari Nuri (bertiga-tiga) dan tergantung AQ memberikan isyarat untuk memulakan penurunan kami dan butang winch pun ditekan, rasa saya ketinggian adalah disekitar 50-60 kaki. Apabila sampai diketinggian sekitar 30-40 kaki ketika sedang kami bergayut dan sibuk membetulkan keadaan kami yang berputar-putar disebabkan kuasa libasan angin dari main rotor Nuri saya ternampak seorang anggota Komando bergegas menonjolkan diri beliau dari celah-celah pokok kepada kami sambil mengibarkan bendera merah tanda amaran bahaya di bawah, saya mengandaikan semasa itu kawasan yang dipilih berjerangkap samar.....dengan segera saya mendongak ke atas dan melihat kearah AQ, mujurlah beliau juga sedang memerhatikan kami lantas saya memberi isyarat tangan untuk abort proses winching di tapak tersebut.......maka butang winch pun ditekan oleh AQ dan kami tergantung di udara diketinggian 30-40 kaki buat seketika. Pilot membuat keputusan untuk hover ke kiri apabila saya menunjukkan kearah kawasan yang dipenuhi dengan perdu pokok buluh kerana melalui pengalaman dan pembelajaran, PGK tidak menanam jerangkap samar dikawasan seperti itu. Memang sukar tapi selamat maka bergelutlah kami dicelah-celah perdu buluh sehingga kaki menjejak bumi, dalam keadaan sebegini miang buluh dan calar-calar badan bukan lagi menjadi halangan.......kami amat berterima kasih kepada Komando tersebut namun saya amat dukacita tidak dapat mengingati nama beliau maupun mengucapkan terima kasih semasa itu atas tindakan pantas beliau yang telah menyelamatkan kami dari bencana jerangkap samar PGK.


Ops GUBIR 2 – THE SAPPERS has LANDED

Setelah semua selamat diturunkan dekat perdu buluh, saya mengambil tindakan untuk regrouped, apabila semua anggota dan peralatan di accounted for kami bergerak ke atas puncak permatang di hujung kawasan Kem PGK dan saya bergegas menuju kearah Pak Sudir untuk melapor dan memperkenalkan diri dengan berkata saya Lt M xxxx, Ketua BCT 3 Jurutera siap untuk tugasan Tuan.....dan untuk mendapatkan arahan dan maklumat tugasan selanjutnya. Bersama Pak Sudir saya bertemu rakan-rakan lain ia itu Lt AZIZ bin ABD RASHID, Lt AZIZAN bin MD ZAIN dan Kala Sjn TAIB dan saya lihat tapak tangan kiri Lt AZIZAN berbalut dengan field dressing dan apabila saya sapa beliau menunjukkan blisters yg dialami beliau kesan dari haba tali semasa repelling namun beliau masih bersemangat kerana masih boleh memegang stock M16 dengan mantap. Setelah berbincang, dua tugasan utama dikenalpasti.........membina LP untuk Nuri mendarat bagi maksud medivac, casevac dan logistic terutamanya rations yang sememangnya tidak dibawa semasa serangan as everybody travel light, dan yang keduanya membersihkan jerangkap samar di kawasan Kem PGK.

Selesai perbincangan saya membuat “O” group dan membuat keputusan untuk memecah kumpulan saya kepada dua tim bagi menangani setiap tugasan. Setelah melihat kawasan sedia ada sebagai tempat yang paling sesuai untuk membina LP saya mengarahkan tim pembinaan untuk menjatuhkan beberapa batang pokok dengan PE  dan menggunakan  batangnya untuk memperkukuhkan tapak LP untuk menggelakkan tanah runtuh. Saya juga mengarahkan supaya laluan approach ke LP yang paling sesuai adalah melalui kawasan antara dua bukit diutara kem musuh agar laluan pesawat tidak melintasi di atas kem musuh demi keselamatan takut terdapat saki-baki PGK yang bersembunyi. Saya juga memohon bantuan anggota Komando untuk membantu kami bagi menyegerakan kerja-kerja pembinaan tersebut.

Apabila kerja-kerja pembinaan dimulakan saya membawa Tim Jerangkap Samar dengan diiringi oleh Komando ke Kem PGK, setelah menuruni permatang dan melalui sentry post PGK yang ditinggalkan kami sampai ke kem tersebut, dari jauh saya lihat terdapat beberapa pondok makeshift yang terbina disekeliling permatang namun jumlahnya tak banyak kalau tak salah saya dalam 4-5 buah sahaja, ditengah-tengah permatang terdapat sebuah gelanggang rasa-rasanya sesuai untuk sukan bola keranjang ataupun bola tampar lengkap dengan garisan yang diperbuat dari kayu yang di tanam dalam tanah, wujudnya kemudahan sebegini membuktikan bahawa mereka memang berada dalam comfort-zone mereka tanpa ancaman dari pasukan keselamatan. Kami berhenti diluar perimeter kem untuk memudahkan saya dan anggota membuat penilaian, dari tempat kami berhenti yang saya kira agak tinggi juga saya dengan jelas nampak detonators dan bateri bertaburan di atas gelanggang. Saya pasti banyak jerangkap samar menunggu kami dan yang nampak detonators tu adalah sebahagian dari jerangkap samar yang tidak sempat di armed kan dek terkejut dengan serangan berani mati Komando.

Selesai melaksanakan mental appreciation saya membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di gelanggang dulu sebab kami memerlukan tanah lapang untuk meletakkan peralatan dan tempat berkumpul bila penat bekerja. Dengan menggunakan mine detector dan mark 2 eyeball serta prodder kami bergerak dari perimeter menuju ke dalam kem hingga sampai ketengah gelanggang. Memang betul jangkaan saya atas gelanggang tu berterabur dengan jerangkap samar yang belum lengkap dipasang dengan detonator dan bateri, ada sebahagiannya dah disediakan lubang-lubangnya, dan ada pula sebahagiannya yang telah siap ditanam cuma belum sempat disambungkan dengan bateri dan ada juga yang “hidup” menunggu kami. Disebabkan faktor keselamatan dan kesuntukan masa maka teknik pembersihan yang diamalkan pada masa itu adalah dengan menanda lokasi jerangkap samar “hidup” yang ditemui dan kemudiannya dibuat pemusnahan menggunakan pulling-hook supaya ianya meletup sendiri dan kami tidak sekali-kali mencuba untuk mematikannya kerana kaedah sedemikian memerlukan masa sedangkan kami dimaklumkan terdapat terowong ‘ala Vietcong’ yang perlu dibersihkan segera agar pihak PGK tidak dapat bersembunyi dalam terowong itu untuk melancarkan counter-attack dan untuk Komando menlancarkan operasi search and destroy sekiranya terowong itu adalah escape route PGK. Semasa membersih gelanggang saya buat pertama kali telah ternampak sebuah kawasan tak jauh dari tempat kami berkumpul satu kawasan depression yang saya syak sebagai pintu masuk ke terowong tersebut.

Setelah selesai membersih kawasan gelanggang, tumpuan kami mula menuju kearah kawasan-kawasan yang terdapat binaan makeshift manakala kerja-kerja pembinaan LP masih diteruskan dengan matlamat untuk siap pada hari yang sama juga. Apabila selesai operasi membersih laluan selamat di atas kem barulah dapat dibuat gambaran yang lengkap mengenai kem tersebut.....ada pondok makeshift untuk wanita dimana terjumpa bra dan panties, pondok memasak, pondok macam ruang bilik darjah dan lain-lain lagi. Hasil amatan saya juga tidak terdapat sebarang kesan letupan bom dari udara mahu pun kesan tembakan meriam di atas kem tersebut....no direct impact at all. Di samping itu satu lagi laluan masuk ke terowong bawah tanah telah dijumpai namun saya membuat keputusan untuk tidak memulakan kerja-kerja pembersihan selagi kawasan atas kem belum selamat. Setelah mengarahkan salah seorang anggota saya untuk melukis gambar rajah kem tersebut, saya bergegas ke kumpulan membina LP dan meninjau kemajuan pembinaan, alhamdullillah ianya telah hampir siap dan ini bermakna Nuri akan boleh mula mendarat atau setidak-tidaknya hover untuk menurunkan makanan untuk malam tu. Seperkara yang saya masih ingat....semasa kami membersih jerangkap samar di Kem PGK sesekali terdapat kejadian letupan jerangkap samar di kawasan sekeliling kem dimana berlaku kecederaan kepada Komando.


Ops GUBIR 2 – THE SAPPERS’ Reinforcement

Selepas 2-3 hari kami menjalankan tugas di Kem PGK dan memandangkan terdapat jumlah jerangkap samar dan tugasan yang masih banyak berbanding jumlah SAPPERS yang ada, Pegawai Pemerintah saya Kapt Akbar Khan bin Mahabat Khan dan Pemerintah Rejimen Askar Jurutera 2 Divisyen Lt Kol Dickey Mei York Chee telah membuat keputusan untuk menambah kekuatan kami dengan menghantar reinforcement anggota yang diketuai oleh Lt Basri Omar dari No 1 Terup manakala saya dari No 2 Terup, kami berdua dari pasukan 3 Skn Jurutera berpangkalan di Taiping. Beliau sebagai pegawai yang lebih kanan dan berpengalaman berbanding saya yang baru tamat menghadiri kursus Pegawai Muda di Sekolah Jurutera  akan menjadi Ketua Operasi Jurutera di Kem PGK seterusnya. Ketibaan beliau dan anggota tambahan amat dinantikan oleh saya dan rakan-rakan lain yang telah mula kepenatan dari segi mental kerana kerja-kerja pembersihan jerangkap samar memerlukan konsentrasi yang maksimum dan tidak berbelah bagi, sedikit kecuaian akan membawa padah. Tambahan pula terdapat terowong yang masih perlu dibersihkan dengan segera bagi menjejaki PGK dan hanya laluan selamat yang dibersihkan, ini bermakna pergerakan kami amat terbatas sekali kepada laluan yang bertanda dengan white-tape sahaja. Sebarang lencongan dari laluan selamat bermakna padah yang menanti.

Maka, pada 23 April 1976, Lt Basri dan lain-lain anggota telah diturunkan dengan Nuri ke LP Kem PGK yang telah siap dibina oleh kami. Ketibaan Lt Basri telah disambut oleh saya dan setelah semua peralatan dikumpulkan termasuk tambahan PE yang saya mohon dibawa bersama sebagai persiapan untuk kerja pembersihan terowong, kami mula berbincang tentang kaedah dan operasi selanjutnya. Taklimat kemajuan dan status operasi telah saya sampaikan mengenai kedudukan Kem PGK dan dimana terdapatnya 2 pintu masuk ke terowong. Beliau seterusnya telah saya bawa meninjau secara fizikal tapak Kem PGK.

Ops GUBIR 2 – TUNNEL CLEARANCE: the beginning

            Kerana hari telah lewat petang,  kami membuat keputusan untuk memulakan kerja membersih terowong pada keesokan harinya dan masa yang sama kerja-kerja pembersihan di atas kem akan diteruskan. Keesokannya pada 24 April 1976 setelah selesai Stand To dan sarapan pagi, satu BCT yang diketuai oleh saya akan memasuki terowong melalui pintu selatan dahulu dan 2 BCT bekerja diatas manakala baki anggota dipertugaskan untuk memperkukuhkan LP. Keputusan dibuat kerana kekurangan peralatan untuk bekerja dalam terowong terutamanya lampu suluh. Kami hanya akan melaksanakan kerja pembersihan bercahayakan 5-6 lampu suluh kerana ketiadaan sumber pencahayaan yang kekal. Inilah cabaran yang amat besar bagi Tim saya, kami terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mine-detector dan penggunaan mark 2 eyeball yang amat terbatas malah kerja2 prodding menjadi bertambah bahaya tanpa pencahayaan lengkap. Setelah menetapkan siapa operator mine-detector saya membuat keputusan untuk menjadi “prodder” ia itu orang kedua di belakang operator, masa yang sama 4-5 Komando menjadi pengiring keselamatan, menjadikan jumlah rombongan kami dalam 8-9 orang kesemuanya.

            Sampai ke ruang masuk terowong saya lihat ada 6-7 mata anak tangga yang dibina secara split level ke kiri, cahaya matahari yang menembusi canopy tebal kem masih mampu menerangi ruang masuk tersebut dan saya dapat lihat betapa besar terowong tersebut tanpa perlu menuruni anak tangga. Ianya sebesar purata pintu satu daun yang berukuran tinggi 8 kaki dan berkelebaran 3 kaki tidak seperti cu ci tunnel di Vietnam, namun begitu bumbungnya berbentuk separuh bulat bukan rata bagi mengurangkan risiko tanah runtuh dan mengimbangi agihan downforce. Alhamdullillah kami tidak perlu membongkok semasa bekerja, setidak-tidaknya ia nya mengurangkan physical stress kepada anggota saya dan mengizinkan maximum freedom of movement. Apabila sampai di dalam, sebagai seorang Jurutera saya kagum dengan keteguhan pembinaannya, tiada sebarang sokongan diperlukan dan sudah pasti pembinaannya mengambil masa yang lama serta tenaga kerja yang ramai atau mungkin juga ada bantuan jentera digunakan. Bagaimana selama ini kem ini tidak dikesan?

Lampu suluh pun dinyalakan dan dalam cahaya yang terbatas saya dapat lihat hanya satu arah yang perlu kami tujui.....kedepan. Sambil mengingati ahli rombongan supaya berjalan menjejaki tapak kaki orang di hadapan dan jangan sekali-kali melencong, kami pun memulakan pembersihan. Setelah inching our away sejauh 15-20 kaki kami memasuki ruang bersegi empat seperti sebuah ruang pejabat sebesar 10 x 12 kaki. Terdapat sebuah meja dan bangku buatan tangan dan kertas bertaburan dan saya yakin ini adalah ruang pejabat atau Markas PGK. Di dinding terdapat sehelai bendera merah dengan bintang lambang Komunis dilekatkan tanpa bingkai. Dari ruang tersebut terdapat laluan kekanan dan kami meneruskan kerja pembersihan sehingga menjumpai satu ruang yang lebih besar. Di dalamnya terdapat beberapa bangku dan sebuah generator kecil yang saya anggarkan berkeupayaan tidak lebih dari 2.5 kva. Setelah selesai disitu dan berpuas hati tiada lagi laluan kemana-mana serta selamat dari ancaman jerangkap samar saya membuat keputusan untuk mengeluarkan tim dari terowong dan membenarkan Komando membuat penggeledahan seterusnya. Pembersihan terowong pertama telah menaikkan semangat anggota saya kerana tiada jerangkap samar ditemui dan kami semuanya terselamat dalam operasi pembersihan yang serba kekurangan dan berisiko tinggi.

            Berhenti rehat dan menghisap rokok (a bad habit that I had picked up in AFATS and that I can’t get rid-off till today, except nowdays I’m more of a pipe smoker) Lucky Strike tanpa filter sambil duduk beralaskan helmet NATO serta prodder terpacak dibumi disisi sambil menikmati udara nyaman belantara membuatkan saya lupa yang saya sebenarnya berada di Kem PGK buat seketika sehingga saya disapa oleh Lt Basri. Ok Tuan dah selesai terowong ni...........no way through, jawapan saya. Sambil berbual saya mengeluarkan bendera Komunis yang saya ambil dari dinding dari poket sisi seluar loreng dan menunjukkan kepada beliau sambil berkata......untuk kenangan Tuan, beliau tersenyum sambil berkata.....jangan bagi OC nampak.

            Selesai berehat saya lihat waktu sudah jam 1 tengah hari, hampir 4 jam telah diambil untuk kami membersihkan terowong tersebut dan perut pun telah mula berbunyi tambahan pula sarapan pagi hanya makan biskut dan jem nenas jer pagi tadi maka saya membuat keputusan untuk berhenti makan tengah hari. Seingat saya sepanjang masa di Kem PGK makanan kami dihantar oleh Nuri secara ready-cooked dari Kem Gubir. Selesai makan tengah hari, langit menjadi mendung nak hujan. Saya mencari Lt Basri yang sedang sibuk menyelia kerja-kerja pembersihan atas kem untuk mendapatkan persetujuan supaya operasi pembersihan terowong kedua dibuat pagi esok. Setelah berbincang beliau bersetuju untuk tim saya berehat pada petang itu kerana kemungkinan hujan akan berlaku dan ini akan membahayakan kami dalam terowong.

Alhamdullillah memang hujan petang itu, dan seperti biasa disebabkan kami berada diatas bukit yang tinggi dan tiada punca air dan water party pula akan terdedah kepada serang hendap,  maka air hujan menjadi sumber minum dan juga untuk....bukan mandi sekadar membersihkan badan. Untuk ini ponco akan direntang sebagai kolam tadahan dan kolam mendapan sekali gus. Semua anggota saya, antara yang saya masih ingat Kpl Choo “Bricklayer”, Misnan “jawa”, Mad “Chabai”, Alias “senama”, Kpl Kasim “Pronto”, Lokman “kelate”, Yusuf dan yang lain cukup bersemangat pada petang itu.
            .
Ops GUBIR 2 – TUNNEL CLEARANCE: one down one more to go

Selesai stand to pagi 25 April 1976 dan dengan tidor dan rehat yang cukup seperti malam-malam sebelumnya kami bersarapan dengan biskut kering lagi. Apa pun kami Sappers amat bernasib baik kerana sejak insertion lagi kami mendapat tidor yang aman.....mana tak aman kami di kelilingi oleh Komando2 walau pun tidor kami bertilamkan bumi, berselimutkan ponco dan beratapkan langit semata-mata. Saya masih ingat cerita-cerita dimana pasukan keselamatan pernah terjumpa leaflet propaganda PGK berbunyi dua harimau kami tak takut, satu harimau kami segan......jadi kehadiran Pak Sudir dan anak-anak buahnya yang bercapbadgekan   kepala satu harimau dan pisau itu membuatkan kami seperti anak-anak kecil yang tidur dalam dakapan ayahanda dan bonda tersayang.

            Apabila matahari makin cerah dan cahayanya dapat menembusi celah-celah canopy Kem PGK sekitar jam 9 pagi, kami Sappers  pun mula mengorak langkah ke Kem PGK untuk memulakan tugas dengan diketuai oleh Lt Basri, arahan beliau adalah untuk mengekalkan tim-tim semalam dengan tugasan sambungan, beliau akan berada diatas dan saya akan membersih terowong kedua. Beliau sempat memesan kepada saya dan ahli-ahli tim supaya berhati-hati....terima kasih jawapan dari saya.

Sampai di ruang masuk ke terowong, saya memberi arahan supaya Sapper Mad menjadi operator mine detector dan saya sekali lagi sebagai prodder, tiga lagi Sapper dibelakang saya diikuti dengan 3-4 Komando sebagai pengiring. Baru sahaja menuruni anak tangga kelima Sapper Mad dah memberi isyarat berhenti, detector telah mengesan terdapat bahan logam di anak tangga, berderau darah saya kerana semalam semuanya mudah dan selamat. Menggunakan prodder kami berdua cuba mengenal pasti apakah objek tersebut atau sekadar mineral logam semula jadi dalam tanah yang kadang-kala juga mengganggu sensor detector namun yang ini bunyinya agak kuat dan terasing dari bunyian yang lain. Setelah digali dengan bayonet secara perlahan-lahan maka ternampaklah switch mechanism  dalam tube getah dan apabila diamati ianya jenis pressure operated, cari bateri Mad......kata saya pada Sapper Mad. Disebabkan berbahaya untuk hanya menanda dan meninggalkan di kawasan tangga saya membuat keputusan untuk mematikannya apabila bateri dijumpai. Setelah dimatikan saya mengarahkan Sapper Mad untuk mencari bahan peledak jerangkap samar tersebut dan apabila diikuti wayar dari switch.............Nauzubillah, bahan peledaknya disasarkan diparas kepala pemijak switch. Mujurlah ia di kawasan ruang masuk yang cerah....hati saya mula berdetak......apa lagi yang menunggu kami di dalam?.

Seperti semalam, terowong mempunyai rekaan yang sama dan tangga pun 2 tingkat dengan tingkat kedua menghala kekanan, kami kegelapan hanya bercahayakan lampu suluh. Saya berpesan pada Sapper Mad.......Mad, jangan gopoh, apa jer bunyi kita siasat dan yang lain ikut jejak kami dan jangan sentuh dinding dan awasi jika ada trip wire. Dengan lampu suluh yang diikat dengan blacktape kepada batang detector dan suluhan tambahan dari lampu suluh dalam genggaman saya kami bergerak kedepan dengan penuh hati-hati. Berjalan sambil membuat sweeping dengan menghayun sensor detector dari kiri kekanan dan kanan kekiri sambil mendengar sebarang bunyian  dalam keadaan cahaya terbatas membuatkan Sapper Mad terdedah kepada rintangan lain terutamanya jika terdapat halangan dan perangkap lain yang tidak terdapat di lantai terowong, jadi menjadi tugasan saya sebagai orang kedua untuk menjadi mata tambahan kepada beliau agar beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya, manakala saya pula menyerahkan bahagian lantai kepadanya dan memberi tumpuan kepada keadaan sekeliling, cuma sekali sekala saya akan memerhati ke bawah untuk memastikan saya berada dijejak kaki beliau.

Bergerak 5 langkah dalam terowong, sekali lagi Sapper Mad memberi isyarat berhenti sambil menunjukkan kepada saya ke  arah lantai. Saya menoleh kebelakang dan lihat ekor rombongan saya masih belum habis masuk kedalam terowong lalu memberi isyarat untuk semua di belakang saya berlutut kerana dalam posisi tersebut adalah lebih selamat jika berlaku letupan jerangkap samar sebab ciri-ciri letupannya yang berbentuk upward, mengikut jurulatih saya Kapt Cheah Kim Tar di Sekolah Jurutera dulu, PGK hanya mengunakan bahan peledak buatan sendiri dan tahun 70an belum ada teknologi jumping mine ditemui dipakai oleh PGK. Sementara itu saya dan Sapper Mad mengambil kedudukan meniarap dengan prodder saya serahkan kepadanya dan saya mengeluarkan bayonet untuk prodding dan menggali. Jenis dan teknik yang serupa tadi, pressure switch diletakkan atas bateri tapi dimana  bahan peledak? Setelah dimatikan dengan dicabutkan bateri yang dibalut dengan pelastik hitam dan direndam dalam tar itu, saya menjejaki wayar dari switch dengan bayonet, ianya menuju kearah belakang saya dan apabila ditemui; bahan peledak berada diparas pinggang di dinding kanan dan sasarannya orang ketiga atau keempat dibelakang pemijak switch. Di hadapan, apabila disuluh dengan lampu suluh terowong masih belum nampak penghujungnya, adakah ini laluan escape route PGK? Baru 5 langkah kedalam kami sudah berpeluh dek panas dan cemas.

Namun misi mesti diteruskan, kali ini saya mengingatkan semua supaya mengekalkan jarak antara 10 kaki hingga 15 kaki antara satu sama lain demi keselamatan kecuali saya yang berada betul-betul di belakang Sapper Mad, saya juga mengarahkan seorang anggota Komando untuk maju kehadapan mengambil posisi no 4 supaya boleh memberi tembakan perlindungan kepada saya dan Sapper Mad  kerana kami Sappers tidak membawa senjata semasa membersih jerangkap samar kerana ia akan membataskan pergerakan kami. Sebelum memulakan langkah saya bertanya kepada Sapper Mad sama ada beliau mahu ditukar dengan orang lain, tetapi beliau menjawab bahawa beliau masih boleh menjalankan tugas operator. Setelah bergerak 2-3 langkah kami  berjumpa dengan bateri dan detonators yang ditinggalkan atas lantai terowong, apabila diamati kesemuanya adalah yang belum digunakan lantas saya mengarahkan Sapper Mad mengutipnya dan menghulurkan kebelakang untuk dibawa keluar.

Kami makin maju kedalam terowong disekitar 30-35 kaki dari pintu masuk namun penghujungnya masih belum kelihatan dan belum ada sebarang persimpangan yang ditemui, memang perlahan kemajuan kami namun kami masih gigih meneruskan tugasan. Dalam keadaan gelap bercahayakan lampu suluh dan panas serta stuffy, peluh mula membasahi baju kami tambahan lagi bagi saya dan Sapper Mad yang memakai armoured vest teknologi 70an yang berat dan tidak selesa. Tiada cahaya semula jadi yang saya dapat lihat, cuma bila kita menoleh kebelakang, saya dapat lihat cahaya matahari yang menerjah masuk di pintu terowong. Dalam keadaan samar-samar begitu pintu masuk nampak seolah-olah begitu jauh sekali, nasib baik juga tiada antara kami yang claustrophobia. Disebabkan kedalaman terowong tersebut melebihi 10-15 kaki dalam tanah, maka ianya sepi sekali cuma sekali sekala kedengaran suara saya memberi arahan kepada tim yang memecah kesepian.


Bersambung...

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menunggu episod seterusnya..
Cerita ni buatkan saya tak buat kerja lain dah..Baca sampai habis.

(shafik )

Tanpa Nama berkata...

Salam Mej(B) Nor & Lt Kol (B) Basri,saya link this story to ExSappers blog.I would like to share this story with all our members.TQVM

www.exsapperswilu.com

Unknown berkata...

Wowww, hebat giler citer ni...x sabar nak tunggu sambungan seterusnya. Umpama filem Tunnel Rat tapi versi Malaysia. Alangkah bagusnya kalau ada pengarah filem Malaysia yang sanggup untuk jadikan cerita ini sebagai Filem Perang.

Capt's Longhouse berkata...

Nor,
,,,if my memory is still o.k. we flew these guys in b4 the fatal crash ! Well, i have to dig in to find my log book so that the dates will telly. Some of the officers might remember their flights in cos. we had a few briefings together prior to the winching-in/assault of the CT camp. We never stop flying day in day out and at times night time too. A few night rescue were performed due to injured soldiers needing medevac flights out of the ops. area plus the CTs were not able to properly take an aim at us !. The komandos were my gunners on both sides of the Nuri doors without any personal protection too !. My salute to all those that fought bravely during that Ops.Gubir unfortunately some were flown back in body bags. Many were my close friends and buddies too.
,,,May their soul rest in peace.

Abah berkata...

Tuan,

Cuma saya hendak betulkan sedikit Fakta iaitu Kapt Moid dan Kapt Sudir adalah dari Skn X, bukannya dari Skn Y. Manakala SSjn Taib adalah Senior Rank dari Skn Y yang ditumpangkan ke Skn X untuk Serangan tersebut.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum Semua,

Ramai yang terkorban dalam Ops Gubir ini. Saya ada menghantar e-mel kepada KP FINAS mencadangkan kisah ini difilemkan seperti filem "EMBUN", "PALOH" dan "LT ADNAN". Sepertimana anda semua sudah agakkan...sepi-sesepinya!!

Ex-Sappers...Please do.

Abah...Terima kasih diatas pembetulan fakta. Saya difahamkan Kapt MOID sudah meninggal...Al Fatihah.

Sharif...If I'm not mistaken, Lt Kol Basri Omar (B)(your squad) said that you were the pilot who winched him down at the CTs' camp.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan......

Berdebar-debar bila baca cerita ni.... tak sabar nak tunggu sambungannya...

Xxx Xxxxxxx

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam'

Inilah cerita yang tidak diketahui umum.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Apa nak kata ....Syukur dan TERIMA KASIH banyak2 atas segala usaha Tuan ni..memang Kapt Shariff squad saya Intake 20 TJP..(Tauliah Jangka Pendek)
Dialah saya terbangkan saya dan Tim tambahan masuk ke Kem PGK tu pada 23 Apr 1976...TERIMA KASIH SQUAD!

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Anggota2 Kdo yang tercedera dalam Ops Gubir 2:
15145 Sjn Jantan@Ahmad bin Hj Abdullah@ Dolah
208452 Tpr Husin bin Hj Mahbob
25618 Tpr Yaakob bin Hassan
Terbunuh:
Kpl Suandi
Kpl Kamaruzaman

Mohon Abah tolong sahkan...Terima Kasih.

Tpr Yaakob tu kawan di Sekolah Kebangsaan Pendang sejak tahun 1960 hingga tahun 1964..Darjah 2 hingga Darjah 6.Kini menetap di Melaka.

Wassalam

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara semua,

Terima kasih atas komen anda. Kpl Suandi & Kpl Kamurulzaman terkorban dalam nahas Nuri tersebut.

jibeng...nice tribute to the MAF.

Abah berkata...

Anggota2 Kdo yang tercedera dalam Ops Gubir 2:
15145 Sjn Jantan@Ahmad bin Hj Abdullah@ Dolah
208452 Tpr Husin bin Hj Mahbob
25618 Tpr Yaakob bin Hassan
Terbunuh:
Kpl Suandi
Kpl Kamaruzaman


Tuan,
Confirmed....Betul

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Jibeng,

One needs not be in the Armed Forces to be patriotic.Patriotism can come in many forms from as simple as being in attention while singing the NEGARAKU to winning medals both in sports and war.

kuzairi berkata...

ada beberapa nama yang pernah bertugas dengan saya, seperti Lt Kol (B) Aziz Rahsid, Spr Ishak Man, Spr Kamarulzaman, kisah yang menarik, Al fatihah kepada yang telah gugur semasa kejadian ini dan terima kasih kepada yang masih ada. Sya cuma agak terkilan dengan sikap beberapa pihak yang tidak menghargai jasa2 yang telah dicurahkan olih saudara2 tidak dihargai.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kuzairi,

Terima kasih kerana melawat blog saya. Apa hendak dikatakan!!

Unknown berkata...

Salam tuan, terima kasih banyak2 kerana pendedahan kisah ini. Terpaku sy didpn skrin...Takziah dan alfatihah kpd yg telah gugur..saya juga masih berharap ada pihak yg sudi mem"filem"kan kisah ni spt bukit kepong. Tak tau bila dan siapa yg sudi merealisasikannya..

Tanpa Nama berkata...

Bila membaca coretan2 didalam blog tuan ini, saya rasa terpaku, seolah2 saya turut berada ditempat itu - pada masa itu juga....Benar. Pengalaman yang betul2 realistik. Betul2 tragis dan seperti menonton filem perang dilayar perak....

Tanpa Nama berkata...

Ada org berkata:

Semangat generasi tentera dahulu dan sekarang tidak ada beza tahapnya, terutama dlm pasukan khas/elit. Cuma masa akan membuktikannya.

Semoga Allah memberkati hidup kita di atas dunia, di dlm kubur dan di negeri akhirat nanti.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Jauh bezanya ancaman dahulu dan sekarang. Tetapi prinsipnya masih sama. Saya percaya ATM kita mampu menghadapi apa jua ancaman, InsyaAllah.

jimio berkata...

membaca coretan2 wira2 negara kita ini membuatkan hati saya begitu tersentuh setiap kali memasuki kawasan operasi Gubir, bagaimana peritnya meredah belantara, hutan buluh serta trek di sempadan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan wira2 kita yg memasuki kawasan tersebut semasa ancaman komunis dan JS masih nyata..

..Tiada kata yang dapat saya zahirkan namun menjadi iltizam saya untuk menyempurnakan siri dokumentari yang boleh mengangkat dan memartabat wira2 kita..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara jimio,

Terima kasih. Sudah terlalu lama mereka ini dipinggirkan! Saya harap ianya menjadi satu kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

ketika nuri terhempas ,sya darjah 2 dan ada baca dlm surat khabar. Byk orang kampung di k.kangsar bercerita pasal tu,ada yg pergi melawat jenazah di k.kangsar

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Arwah adalah Kapt (U) Mustapha Kamal, squad-mate saya. Menurut anak beliau, arwah disemadikan di Taiping.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera semua.saya pernah berkhidmat sebagai ground crew tudm 1979 - 1992.Saya amat menyanjung tinggi perjuangan dan pengorbanan wira wira kita di zaman darurat.Doa saya moga wira wira yg masih hidup sentiasa di lindungi Allah dlm keadaan sejahtera selalu dan kpd yg telah tiada,moga Allah mencucuri rahmat keatas roh mareka,amin. . .

Tanpa Nama berkata...

Saya agak ketinggalan walau bagaimana pun pernah ikuti ruangan ini dahulu. Ketika kejadian saya dlm Form 4 dan kenal dgn Kapt Akhbar Khan. CO beliau beliau ketika itu Maj Phang Yatt Foo. Dimanakah beliau sekarang? Moga roh mereka yg terkorban dicucuri rahmat olehNya. Amin ya rabbul'alamin